AMBULANS TERBABAS SEORANG WANITA MAUT

Number of View: 3477

Pada pukul 8 malam tadi satu kemalangan yang membabitkan sebuah ambulans yang membawa seorang ibu yang menemani anaknya untuk mendapatkan rawatan akibat terkena renjatan elektrik terbabas,Apabila ambulans itu melalui satu selekoh di Jalan Felda Bukit Rokan.

KEMALANGAN AMBULANS

Dalam kemalangan itu seorang wanita Norizah Bujang, 62, iaitu ibu kepada pesakit dalam ambulans itu terbunuh di tempat kejadian manakala anaknya Moriem Tam Suhana Ahmad, 30, terselamat tetapi kritikal akibat renjatan elektrik yang dialaminya.

Jurucakap polis berkata, ambulans  yang dipandu seorang petugas dari Klinik Kesihatan Jelai, bersama seorang pembantu membawa Allahyarham Norizah yang menemani anaknya di bahagian belakang ambulans ke Hospital Kuala Pilah.

Katanya, semasa melalui satu selekoh dekat Jalan Felda Bukit Rokan, ambulans itu terbabas sehingga remuk di bahagian hadapan.

“Norizah meninggal dunia di bahagian belakang ambulans dan anaknya terselamat tetapi masih kritikal akibat renjatan elektrik yang dialaminya,” katanya.

kedua-dua pemandu dan pembantu kesihatan yang terbabit dalam kemalangan ambulans itu hanya mengalami kecederaan ringan sahaja.

Incoming search terms:

Tags: , , , , , , ,

0 thoughts on “AMBULANS TERBABAS SEORANG WANITA MAUT”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge