BAYI LEMAS DALAM SELIMUT DIRUMAH PENGASUH

Number of View: 3426

BAYI LEMAS DALAM SELIMUT DIRUMAH PENGASUH,Nur Harisya Miasarah Haizam meninggal dunia dipercayai lemas selepas tergumpal di dalam selimut ketika di bawah jagaan pengasuhnya di Presint 8, di Putrajaya.Bayi yang maut itu meninggal dunia selepas bertarung nyawa lebih 11 jam di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Putrajaya.Bayi itu dibawa pengasuhnya ke Unit Kecemasan hospital terbabit pada jam 10.30 pagi selepas ditemui dalam keadaan tidak bermaya serta kelihatan lesu, biru dan tidak bergerak sejurus ditemui bergumpal dengan toto.

menurut ibu mangsa,Hayati Idris, 28,dia menghantar bayinya yang merupakan anak ketiga ke rumah pengasuh pada pukul 6.30pagi bersama seorang anak lelakinya yang berusia empat tahun.

Bagaimanapun dia menerima panggilan daripada pengasuhnya pada 10.30 pagi yang memaklumkan anak perempuanya lemas dalam selimut dan dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut.Pengasuh memaklumkan ketika kejadian,anaknya berada di ruang tamu bersama abangnya dan beberapa kanak-kanak lain, sementara dia membawa seorang anaknya ke tandas.sebaik pengasuhnya keluar ke ruang tamu,dia melihat mia (panggilan manja)di bawah selimut nipis dalam keadaan tidak bermaya, lesu, sedikit biru dan tidak bernafas.

Hayati berkata, sepanjang menerima rawatan di ICU, anak sulung perempuannya kelihatan kritikal dan tidak memberikan tindakan positif kecuali menggerakkan jari tangan beberapa kali.Selepas itu, Mia langsung tidak menunjukkan reaksi positif hingga saat akhir dia meninggalkan kami pada jam 9.30 malam.

Hayati dan suami Haizam Sharif, 32,reda dengan pemergian bayinya itu dan mengangap mungkin sudah ajalnya.jenazah anaknya itu kemudian dibawa pulang ke kampungnya di Kampung Pasir Gajah, Kampung Gajah, Perak, dan selamat dikebumikan pada jam 11 pagi semalam.

Berikutan kejadian itu, Hayati membuat laporan di Balai Polis Daerah (IPD) Putrajaya, namun tidak bercadang mengambil tindakan terhadap pengasuh berkenaan.

 

ARTIKEL MENARIK:Wanita tua 82tahun berkahwin dengan lelaki muda

Incoming search terms:

Tags: , , , , , ,

One thought on “BAYI LEMAS DALAM SELIMUT DIRUMAH PENGASUH”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge