BEKAS TUKANG SAPU STESEN KERETA API JADI PRESIDEN

Number of View: 2348

TUKANG SAPU STESEN KERETA API JADI PRESIDEN,seorang lelaki di zambia, michael sata,74tahun, yang merupakan bekas tukang sapu di di stesen kereta api Victoria, London dipilih sebagai Presiden Zambia yang baharu.dia yang menerajui parti Barisan Patriotik, mengangkat sumpah sebagai Presiden Zambia Khamis lalu setelah partinya memperoleh kemenangan tipis dalam pilihan raya baru-baru ini.sata berikrar untuk  “menyapu Zambia menjadi lebih bersih”.

Sata yang berusia 74 tahun mempunyai lapan anak, giat menentang pengaruh China yang semakin meluas di negara berkenaan.dia menuduh pemerintahan terdahulu,Presiden Rupiah Banda yang mentadbir Zambia selama 20 tahun sebagai terlalu berlembut dalam menangani gejala rasuah.dia tidak mahu mengulangi kesilapan lama,beliau berikrar akan berkongsi kekayaan hasil mineral negara itu dengan rakyat secara lebih adil dan telus.

Zambia yang dikelilingi lapan negara iaitu Republik Demokratik Congo, Tanzania, Malawi, Mozambique, Zimbabwe, Botswana, Namibia dan Angola adalah pengeluar tembaga terbesar di dunia selain kaya dengan galian lain.

sata berkata,Zambia tidak boleh lagi mundur ke belakang dan Kita semua mesti bergerak ke hadapan sebagai satu bangsa.

Digelar Tedung Selar kerana ucapan berbisanya yang sukar ditepis pihak lawan, Sata lahir di Zambia ketika negara itu masih bergelar koloni British bernama Rhodesia Utara.Pada tahun 1950-an, beliau berhijrah ke London sebelum diambil bekerja sebagai tukang sapu dan porter oleh syarikat kereta api Britain, British Rail.

Sata kemudian belajar separuh masa untuk mengubah nasibnya. Beliau juga pernah bekerja di sebuah kilang pemasangan kereta di Britain sebelum kembali ke Zambia.Sata kemudian menyertai pasukan polis negara itu.

semasa berkempen dia pernah bersumpah bahawa beliau tidak akan minum air minuman yang dibotolkan sehingga semua rakyat Zambia mendapat bekalan air bersih. walaupun zambia kaya dengan pelbagai hasil Bumi, negara di selatan Afrika itu masih dikategorikan sebagai mundur.

70 peratus daripada 13 juta rakyat Zambia hidup dalam kemiskinan dengan purata gaji tahunan di negara itu cuma £255 (RM1,250),menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)

 

sumber:Agensi

ARTIKEL MENARIK:http://ulanweblog.com/2011/09/budak-kecil-ini-bertanduk/

 

Tags: , , ,

0 thoughts on “BEKAS TUKANG SAPU STESEN KERETA API JADI PRESIDEN”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge