BERJUDI DI BANGSAL WANITA DAN LELAKI DITAHAN

Number of View: 2910

BERJUDI DI BANGSAL WANITA DAN LELAKI DITAHAN,Seramai 79 lelaki dab 22 wanita ditahan disebuah bangsal yang terletak di kampung batak,relau,di pulau pinang.Mereka yang ditahan apabila pihak polis melakukan serbuan dalam “Ops Dadu” yang dilakukan¬†oleh sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Daerah Barat Daya pada kira-kira jam 1 pagi tadi.

Pihak polis melakukan serbuan itu setelah membuat intipan ditempat berkenaan sejak seminggu lalu.Mereka yang ditahan adlah merupakan penduduk tempatanyang berusia dalam lingkungan 40tahun hingga 70tahun.

Timbalan Ketua Polis Daerah Barat Daya, DSP Lai Far Him, berkata ketika serbuan dijalankan kesemua mereka sedang leka bermain judi yang melibatkan pertaruhan wang tunai.semasa serbuan itu juga ada yang cuba melarikan diri,namun pihak polis dapat menahan mereka.

Dalam serbuan yang dijalankan itu,pihak polis turut merampas wang pertaruhan berjumlah lebih RM1,538 termasuk pelbagai peralatan perjudian seperti cip, meja, kerusi dan kalkulator.Kesemua suspek yang ditahan dalam serbuan “Ops Dadu”itu kini ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah Barat Daya dan didakwa di mahkamah hari ini.

Semua yang ditahan dalam serbuan itu akan disiasat mengikut Seksyen 7(2) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 dan jika sabit kesalahan boleh didenda RM5,000 atau penjara sehingga enam bulan atau kedua-duanya.

Bagi membanteras kegiatan judi haram ini,pihak polis akan meningkatkan lagi operasi mereka.

 

ARTIKEL MENARIK:ABBY ABADI

Tags: , , , , ,

2 thoughts on “BERJUDI DI BANGSAL WANITA DAN LELAKI DITAHAN”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge