BOMOH MEROGOL MANGSA HISTERIA DIPENJARA

Number of View: 13513

BOMOH MEROGOL MANGSA HISTERIA DIPENJARA,Seorang lelaki warga indonesia yang merupakan seorang bomoh dijatuhi hukuman penjara lapan tahun dan lima sebatan oleh Mahkamah Sesyen Shah Alam hari ini selepas dia mengaku bersalah merogol mangsa yang berumur 15tahun yang sedang dirawatnya akibat histeria, Jun tahun lepas.

Gambar Hiasan

Hukuman penjara itu dijatuhkan oleh Hakim Slamat Yahya di mahkamah sesyen dan memerintahkan tertuduh Budi Tukul, 35,menjalani hukuman tersebut berkuatkuasa dari tarikhnya ditangkap.

Kesalahan itu dilakukan oleh tertuduh di kediamannya di No 23, Jalan Telipot 3A, Seksyen BS9, Bukit Sentosa 3, Hulu Selangor kira-kira pukul 1pagi pada jun tahun lepas.Budi yang merupakan pendatang tanpa izin di dakwa dibawah seksyen 376 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan boleh dikenakan sebatan.

Ketika kejadian itu tertuduh yang dikenali keluarga remaja perempuan itu sedang merawat mangsa yang diserang histeria.Perbuatan terkutuk bomoh itu hanya terbongkar selepas kejadian apabila remaja perempuan itu sekali lagi diserang histeria dan mangsa terpaksa menceritakan mengenai kejadian dia dirogol kepada keluarganya.

SUMBER:BERNAMA

 

ARTIKEL MENARIK:http://ulanweblog.com/2011/09/perkahwinan-felix-af3/

Incoming search terms:

Tags: , , , , ,

3 thoughts on “BOMOH MEROGOL MANGSA HISTERIA DIPENJARA”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge