BUAYA GERGASI DITANGKAP HIDUP-HIDUP DI FILIPINA

Number of View: 6866

Seekor buaya gergasi air masin seberat satu tan pada lewat Sabtu lalu telah berjaya ditangkap hidup-hidup oleh sekumpulan penduduk kampung dan ia akan dijadikan daya tarikan sebuah taman ekopelancongan di sebuah bandar di selatan Filipina.Ia merupakan antara buaya terbesar pernah ditangkap hidup-hidup di Filipina sejak beberapa tahun lalu……..

THE ALIGATOR

Datuk Bandar Bunawan, Cox Elorde semalam memberitahu, puluhan penduduk kampung dan pakar menangkap buaya jantan sepanjang 6.4 meter itu di sebuah teluk di bandar Bunawan, wilayah Agusan del Sur selepas pemburuan selama tiga minggu.

Elorde berkata, buaya berkenaan membaham seekor kerbau dalam serangan yang disaksikan oleh beberapa penduduk kampung pada bulan lepas.Buaya gergasi itu juga dipercayai menyerang seorang nelayan yang didapati hilang sejak Julai lalu.

Buaya gergasi itu akan diletakkan di sebuah taman pelancongan dan akan mengubah haiwan itu daripada ancaman kepada satu aset. – AP

Incoming search terms:

Tags: , , , , ,

One thought on “BUAYA GERGASI DITANGKAP HIDUP-HIDUP DI FILIPINA”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge