DATUK NICOL ANN DAVID MENGUNGGULI RANKING DUNIA

Number of View: 3724

Pemain skuasy nombor satu dunia Datuk Nicol Ann David kekal sebagai pemain nombor satu dunia mengikut ranking Persatuan Pemain Skuasy Wanita Antarabangsa (Wispa) untuk bulan ke-62 berturut-turut sejak Ogos 2007.

Kejayaan Nicol pada terbuka Australia pada 16 ogos lalu mengukuh kan lagi kedudukannya sebagai pemain nombor satu dunia dalam senarai terkini yang di keluarkan oleh Wispa.Menurut laman web Wispa, www.wispa.net, Nicol mendahului kedudukan dengan mengumpul 300 mata selepas mendominasi tiga kejohanan siri dunia Terbuka Cayman Island, Malaysia dan Australia.

Ratu skuasy negara yang berusia 28tahun itu bukan sahaja mengungguli ranking dunia Wispa tetapi juga kedudukan kejohanan siri dunia Wispa.

Dalam pada itu,, Jenny Duncalf dari England terus dibayangi Nicol di ranking kedua dunia dengan 195 mata, diikuti pemain Australia Rachael Grinham dengan 105 mata.

Incoming search terms:

Tags: , , , , , , , , ,

0 thoughts on “DATUK NICOL ANN DAVID MENGUNGGULI RANKING DUNIA”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge