DUA ORANG AHLI PERNIAGAAN BERTUMBUK SEMASA RAKAMAN DI STESEN TELEVISYEN

Number of View: 2001

DUA ORANG AHLI PERNIAGAAN BERTUMBUK SEMASA RAKAMAN DI STESEN TELEVISYEN,seorang ahli perniagaan Rusia yang memiliki dua stesen televisyen di Britain menumbuk Sergei Polonsky yang juga ahli perniagaan semasa rakaman perdebatan di stesen televisyen NTV.

Gambar Hiasan

Ahli perniagaan itu,Alexander Lebedev,menumbuk Polonsky dihadapan penonton sehingga menyebabkan dia melarikan diri dan terjatuh dari pentas.Lebedev memberitahu dia terpaksa menumbuk ahli perniagaan tersebut kerana bimbang akan ditumbuk terlebih dahulu.Kejadian itu berlaku ketika dua orang ahli perniagaan itu sedang berdebat mengenai krisis ekonomi global.

Lebedev yang juga pemilik akhbar The Independent dan London Evening Standard memberitahu di blognya,mendakwa polonsky terlalu agresif dalam perdebatan tersebut.”Dalam situasi kritikal, tiada pilihan lain lagi. Saya meneutralkannya,” kata Lebedev.

ahli perniagaan britain lebedev menumbuk polonsky dibahagian kepala menyebabkan dia terjatuh dari pentas.Beberapa orang kemudian tampil untuk menenangkan kedua-dua ahli perniagaan tersebut.

Lebedev merupakan salah seorang lelaki terkaya di dunia dengan kekayaannya dianggarkan AS$3.1 bilion (RM9.58 bilion). Dia juga turut memiliki syarikat penerbangan Aeroflot dan akhbar Rusia, Novaya Gazeta.

sumber:Agensi

ARTIKEL MENARIK:http://ulanweblog.com/2011/09/sembunyikan-mayat-demi-wang-pencen/

Tags: , , ,

0 thoughts on “DUA ORANG AHLI PERNIAGAAN BERTUMBUK SEMASA RAKAMAN DI STESEN TELEVISYEN”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge