GENG DOL MATI DITEMBAK DI BATU GAJAH

Number of View: 3204

GENG DOL MATI DITEMBAK,Selepas merompak seorang ahli perniagaan di menglembu,batu gajah,Geng Dol hanya sempat menikmati keseronokkan hasil rompakan tidak lebih satu hari apabila kesemua mereka mati ditembak di batu gajah malam kelmarin.

Kumpulan perompak Geng Dol itu sempat melarikan dua komputer riba, tiga telefon bimbit, barangan kemas, dua utas jam tangan dan wang tunai berjumlah RM1,870 dari rumah mangsa di Menglembu sebelum ditembak mati.Namun belum sempat penjenayah itu berseronok, mereka telah ditembak mati kira-kira tujuh kilometer dari lokasi mereka melakukan jenayah.

Nama kumpulan Geng Dol itu diambil sempena nama ketua kumpulan itu mula aktif melakukan jenayah samun dan pecah rumah pada awal tahun ini dengan menumpukan lokasi jenayah mereka di Ipoh, Batu Gajah, Manjung dan Perak Tengah.

Ketua Polis Perak, Datuk Mohd. Shukri Dahlan berkata, episod malang keempat-empat penjenayah itu bermula apabila sebuah kereta peronda polis terserempak dengan sebuah kereta Proton Waja dinaiki suspek pada pukul 9.30 malam kelmarin di Jalan Kampung Changkat Larang di Batu Gajah di sini.

Pihak polis berhenti dan cuba menahan kereta suspek untuk pemeriksaan,tetapi pemandu kenderaan tersebut memecut laju sehingga melanggar bahu jalan.polis mengejar kereta suspek sehingga ia memasuki jalan mati,dan suspek mula panik dan mengundurkan kereta dan melanggar bahagian depan kereta polis.

sumber:kosmo

jom baca ni:http://ulanweblog.com/2011/09/bekas-kekasih-tuntut-kembali-wang-pinjaman-pembedahan/

Incoming search terms:

Tags: , , , , ,

One thought on “GENG DOL MATI DITEMBAK DI BATU GAJAH”

  1. Pingback: uLan - TERKUBURNYA KEMEGAHAN GENG DOL

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge