IBU MAUT DITIKAM DAN DIHENTAK

Number of View: 2778

IBU MAUT DITIKAM DAN DIHENTAK ,Seorang lelaki terkejut apabila menemui ibunya mati dalam keadaan tertiarap dengan kesan tikaman di leher dan hentakan di dahi dalam kejadian di Kampung Pasir Baru, Jalan Sungai Lalang di sini semalam.

Kejadian disedari pukul 12 tengah hari ketika lelaki dikenali sebagai Krishnan, 30-an, pulang ke rumah selepas kerja separuh hari. Pekerja kilang aluminium di Beranang dekat sini itu kemudian hairan apabila mendapati pintu dan pintu pagar rumahnya terbuka.Isteri Krishnan ketika itu keluar bekerja manakala anaknya ke sekolah.

Menurut Krishnan, dia kemudian mencari ibunya di dalam rumah teres yang mempunyai empat bilik itu sebelum terkejut menemui mayat warga emas itu.Mayat S. Danaletchume, 64, ditemui dengan mukanya tersembam di dalam kolam takungan air di dalam bilik air rumahnya. Dia dipercayai dibunuh di antara pukul 10 dan 11 pagi.

Kami sekeluarga baru sahaja berkumpul untuk meraikan upacara keagamaan pada Sabtu lalu kerana anak perempuan ahli keluarga kami mencecah usia 13 tahun (baligh) dan hari ini (semalam) kami menerima berita sedih pula,” ceritanya.

 

DIHARAP PIHAK POLIS DAPAT TANGKAP PEMBUNUH YANG MELAKUKAN PEMBUNUHAN YANG MEMBAWA MAUT SEORANG WARGA EMAS INI KE MUKA PENGADILAN.

BACA INI:http://ulanweblog.com/2011/09/meriahnya-perkahwinan-1malaysia/

Tags: , , , , ,

2 thoughts on “IBU MAUT DITIKAM DAN DIHENTAK”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge