JURUELEKTRIK SELAMATKAN DUA BERADIK DALAM KEBAKARAN DI KAMPUNG SEPAKAT

Number of View: 2225

JURUELEKTRIK SELAMATKAN DUA BERADIK DALAM KEBAKARAN DI KAMPUNG SEPAKAT,Nyawa dua beradik selamat setelah sorang juruelektrik yang di anggap wira bertindak nekad menyelamatkan mereka di dalam kebakaran di kampung sepakat,masai,Johor.

Abu Bakar Abdul Rahim, 44, bergegas ke tempat kejadian yang terletak kira-kira 10 meter dari rumahnya sebaik terdengar jeritan jiran mengenai kediaman kanak-kanak tersebut, Nurin Syerlienna Norman, 6, dan Mohd. Daniel Hadi, 4, sedang dijilat api pada pukul 12.10 tengah hari.Dalam kejadian itu, Nurin Syerlienna dan Mohd. Daniel termasuk Abu Bakar tidak cedera.

Sebelum kejadian itu,Abu bakar sedang berbual bersama rakannya yang bertandang di rumah dan dia bercadang untuk ke tempat kerja selepas itu.sebaik sampai di depan rumah itu, dia ternampak dua beradik itu dalam keadaan menangis dan duduk ketakutan di ruang tamu kerana terperangkap dalam rumah yang diselubungi bahang api.dia kemudian bergegas ke belakang rumah lalu merempuh pintu selepas mendapati pintu pagar depan berkunci.

Abu bakar memberitahu,dia tidak tahu dari mana datangnya semangat dalam dirinya sehingga dia terus meredah api yang ketika itu sedang marak di depan rumah dengan tanpa berfikir panjang dia terus mendukung kedua-dua kanak-kanak terbabit untuk diselamatkan melalui pintu belakang.

Menurut abu bakar,dia langsung tidak memikirkan keselamatan dirinya kerana sebaik ternampak kanak-kanak itu menangis dan seperti mengharap bantuan, hatinya menjadi sayu dan berfikir dua beradik itu mesti diselamatkan.Sementara itu, ibu dua beradik itu, Noraini Samhari, 31, menjelaskan, ketika kejadian dia berada di pejabat manakala Nurin Syerlienna, Mohd. Daniel serta abang mereka, Mohd. Haikal, 8, dijaga oleh adiknya, Hasanah Samhari, 30.

Ibu kepada mangsa kebakaran itu amat bersyukur kerana anak-anak nya selamat walaupun kini kami tinggal sehelai sepinggang dan dia bamyak-banyak berterima kasih kepada jiran yang menyelamatkan kedua-dua anaknya.

Dalam kejadian yang sama,sebuah lagi rumah milik Kaserin Mohd. Yunus, 72, yang terletak bersebelahan terbakar namun pada masa itu mereka dan keluarga tiada dirumah.

Pegawai Bomba Kanan 2 Pasir Gudang, Mohd. Salleh Mohamed berkata, pihaknya mengerahkan seramai 13 anggota ke tempat kejadian sebaik menerima panggilan pada pukul 12.23 tengah hari.Sebaik pihak bomba sampai di tempat kebakaran,sebuah rumah telah terbakar hampir 70 peratus manakala sebuah lagi hampir 50 peratus terbakar.

 

JURUELEKTRIK SELAMATKAN DUA BERADIK DALAM KEBAKARAN DI KAMPUNG SEPAKAT

 

Tags: , ,

0 thoughts on “JURUELEKTRIK SELAMATKAN DUA BERADIK DALAM KEBAKARAN DI KAMPUNG SEPAKAT”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge