KANAK-KANAK MAUT DISENGAT TEBUAN

Number of View: 1908

KANAK-KANAK MAUT DISENGAT TEBUAN,Kerana disengat lebih 50 ekor tebuan,seorang kanak-kanak yang berusia dua tahun maut di Kampung Pengkalan Nyireh.kejadian malang itu berlaku ketika dalam perjalanan pulang ke rumah bersama ibu dan adiknya dengan menaiki motosikal.

Kejadian pukul 1 petang itu menyebabkan Tengku Hafizul Hafiq Tengku Anuar, 5, maut ketika dirawat di Hospital Besut di sini akibat kecederaan di kepala, leher dan badan.Difahamkan, sebelum kejadian, Tengku Hafizul membonceng motosikal yang ditunggang ibunya, Rakiah Ismail, 31, manakala adiknya, Tengku Harizam Irfan, 2, berada di depan. Ketika itu, mereka baru sahaja pulang dari Taman Didikan Kanak-Kanak (Tadika) Tanjung Demong, dekat sini.

Menurut Rakiah, ketika hendak sampai rumah, sebahagian sarang tebuan yang berada di dahan sebatang pokok di tepi jalan tiba-tiba jatuh menyebabkan ribuan serangga berbahaya itu berterbangan lalu menyerang mereka.

Tags: , , , ,

0 thoughts on “KANAK-KANAK MAUT DISENGAT TEBUAN”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge