KERANA GIGIT ULAR SAWA SEORANG LELAKI DITAHAN

Number of View: 6356

Kerana mengigit ular sawa peliharaan rakannya seorang lelaki di tangkap di Sacramento.Suspek ,David senk ditahan kerana disyaki mencederakan ular sawa itu.Reptilia yang cedera teruk itu terpaksa menjalani pembedahan.Semasa di wawancara di penjara,senk memberitahu dia tidak ingat kejadian itu selepas tidak sedarkan diri akibat mabuk…………

Gambar Hiasan

“Apabila ditanya kenapa dia mungkin menggigit ular itu, dia berkata: “Saya tak sedar. Saya mabuk.” Senk ditahan selepas polis menerima aduan mengenai kejadian itu. Mereka menemuinya dalam keadaan tidak sedarkan diri dengan darah pada mukanya.

Seorang wanita yang juga rakan senk memberitahu polis,Senk baru saja menggigit ular sawanya ketika dia membenarkannya memegang reptilia berkenaan.
Menurut wanita itu,Tidak ada tanda-tanda menunjukkan ular itu mengancamnya. Dia tiba-tiba menggigit ular itu.

Senk, dalam wawancara itu berkata, dia tidak meminati ular. “Saya tidak pernah cuba menggigit ular. Haiwan itu yang cuba menggigit saya,” katanya. – Reuters

 

Nasib baik ular sawa yang di bela rakannya,kalau harimau yang dia bela dah tentu dia yang kena gigit dulu.macam-macam lah perangai manusia dekat dunia ni.

Incoming search terms:

Tags: , , , , , ,

0 thoughts on “KERANA GIGIT ULAR SAWA SEORANG LELAKI DITAHAN”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge