LOGO HALAL HANYA SAH DARI JAKIM

Number of View: 3060

LOGO HALAL HANYA SAH DARI JAKIM,Mulai 1 Januari depan, hanya logo halal yang dikeluarkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) boleh digunakan dan diiktiraf.langkah itu susulan penguatkuasaan Akta Perihal Dagangan 2011 yang diluluskan Parlimen Julai lepas dan akan berkuat kuasa 1 November ini,menurut Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

“Ini bermakna premis makanan, restoran, hotel dan pihak-pihak lain yang sebelum ini menggunakan logo halal bukan dikeluarkan Jakim, perlu membuat permohonan baharu kerana selepas tarikh 1 Januari nanti, semua logo halal sedia ada adalah terbatal.

“Mana-mana pihak lain juga tidak boleh lagi memperakukan atau mengeluarkan sijil halal ataupun membuat pengisytiharan sendiri berhubung status halal.bagi pihak industri pula, tempoh setahun diberikan untuk menukar semua produk keluaran mereka dengan logo halal Jakim,” katanya kepada pemberita di sini semalam

Ismail Sabri berkata, selepas tarikh itu mereka yang masih menggunakan logo halal lain boleh didenda sehingga RM250,000 bagi pertubuhan perbadanan dan sehingga RM100,000 bagi orang perseorangan atau tiga tahun penjara atau kedua-duanya sekali.

 

jom join contest:“CONTEST LIKE REALITI KEHIDUPAN”

Incoming search terms:

Tags: , , , , ,

One thought on “LOGO HALAL HANYA SAH DARI JAKIM”

  1. kita hanya gah dari rupa tp perlaksanaannya belum tentu tercapai… kalau setakat promosi tukar logo dengan kenakan denda yang tinggi…rasanya tak memadai kerana masih ada lagi barangan yang haram dicopkan halal. jika berlaku sesuatu orang pertama disalahkan adalah pengguna kerana tak bg maklumat.. tp kalau bg maklumat pun apa yg PBT buat…….

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge