MALAYSIA TERBABIT DALAM PERNIAGAAN ORGAN?

Number of View: 2790

MALAYSIA TERBABIT DALAM PERNIAGAAN ORGAN?,Para doktor dan persatuan pengguna meminta pihak polis menyiasat dakwaan bahawa Malaysia merupakan antara negara yang terbabit dalam perniagaan organ.Mereka berkata, perkara tersebut perlu dilakukan bagi membersihkan nama negara.

Ketua Konsultan Nephrologi Hospital Kuala Lumpur, Datuk Dr Ghazali Ahmad Kutty berkata, perkara itu tidak boleh dibiarkan berlaku.Kita mahu pihak berkuasa seperti polis dan agensi berkaitan untuk melakukan siasatan menyeluruh kerana amalan perniagaan organ tidak boleh dibiarkan,” katanya kepada pemberita selepas menyertai satu kumpulan yang membuat laporan polis berhubung isu tersebut seperti yang dilaporkan beberapa akhbar.

Antara persatuan yang membuat laporan itu ialah Persatuan Nephrologi Malaysia, Persatuan Transplan Malaysia serta Persatuan Pengguna Subang dan Shah Alam.Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Hasan Abdul Rahman turut memandang serius laporan media mengenai perkara tersebut yang antara lain mendakwa bahawa penderma dari kawasan terpencil di Bangladesh diterbangkan ke Asia Tenggara untuk menjual buah pinggang mereka. — Bernama

 

bahaya ni,pihak polis kena siasat cepat diatas perkara ni.tak beretika langsung sapa yang terbabit dalam perniagaan organ ni.siasatan perlu dibuat untuk membersihkan nama baik malaysia.kalau betul perkara itu berlaku,bawa siapa yang terbabit ke muka pengadilan.

Tags: , , , ,

0 thoughts on “MALAYSIA TERBABIT DALAM PERNIAGAAN ORGAN?”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge