MESIN TIKET UNTUK PELACUR DI PERKENALKAN [ BIAR BETUL

Number of View: 4055

Bermula awal minggu ini pelacur di Banda raya bonn di berlin diwajibkan membeli tiket daripada mesin yang serupa seperti meter meletak kenderaan ketika mencari pelanggan di jalanan dan bagi sesiapa yang tidak ikut peraturan baru itu akan dikenakan denda berat oleh pihak berkuasa.

Sebelum ini,pelacur di jerman dikehendaki membayar cukai dan kadarnya berbeza mengikut kawasan menyebabkan ia sukar dilaksanakan sebelum ini. Pihak berkuasa jerman menyelesaikan masalah itu dengan memperkenal meter cukai seks pertama yang membolehkan pelacur membeli tiket pada harga AS$8.72 (RM25.80) untuk satu malam bertujuan memastikan sistem cukai dilaksanakan secara adil.

Pelacur akan membeli tiket sebelum memulakan kerja mereka. Jika ditangkap tidak mempunyai tiket sah, pesalah akan diberi peringatan dulu, kemudian didenda dan akhirnya dilarang melacur.

Lebih kurang 200 orang pelajur yang bekerja di bonn dan 20 dapat di lihat dijalanan setiap malam.Pelacuran cuma dibenarkan di Bonn antara jam 8.15 malam hingga 6 pagi waktu tempatan. Disebabkan mendapat bantahan daripada penduduk,aktiviti pelacuran di had kan kepada kawasan tertentu sahaja.

Sistem mesin bertiket untuk pelacur itu di katakan dapat mengurangkan perkhidmatan kerana cukai yang dikenakan,namun begitu ada kemungkinan bahawa meter seks itu akan meningkatkan pelacuran apabila semakin ramai biasa dengan sistem itu.

sistem mesin tiket itu di jangka mengutip kira-kira AS$285,000 (RM826,000) setahun.

Incoming search terms:

Tags: , , , , , ,

0 thoughts on “MESIN TIKET UNTUK PELACUR DI PERKENALKAN [ BIAR BETUL”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge