PARTI LANUN MENANG KERUSI PILIHANRAYA

Number of View: 1660

PARTI LANUN MENANG KERUSI PILIHANRAYA,parti lanun yang ditubuhkan pada tahun 2006 dan mempunyai 50 anggota menang 15kerusi dalam pilihanraya di berlin.Parti lanun memenangi sembilan peratus daripada undi yang kebanyakannya daripada pengundi berusia di bawah 30-an.

Pada asalnya ia berkempen untuk perlindungan perkongsian fail dan data di Internet sebelum berkempen dalam isu pendidikan dan hak asasi manusia.selepas keputusan pilihanraya diumumkan,Andreas Baum seorang daripada anggota parti tersebut memberitahu stesen televisyen ZDF”Kami mempunyai hak untuk bekerja,”

Pengerusi parti itu, Sebastian Nerz berkata, buat masa kini, anggota-anggota parti tersebut bekerja secara sukarela.Parti itu sebelum ini tidak pernah menenangi kerusi dalam pilihan raya parlimen di peringkat Persekutuan.parti tersebut mahu menjadi setelus-telusnya, berjuang menghapuskan paten dan mengehadkan kawalan hak cipta yang dimiliki oleh sesuatu pertubuhan.

Dalam pilihan raya itu, Parti Kristian Demokrat yang disertai pemimpin Jerman, Angela Merkel menduduki tempat kedua manakala parti Sosial Demokrat menduduki tempat pertama dalam pilihan raya itu.

 

sumber:Agensi

artikel menarik:http://ulanweblog.com/2011/09/pengkid-tikam-rakan-serumah-kerana-cemburu/

 

Tags: , , , , ,

0 thoughts on “PARTI LANUN MENANG KERUSI PILIHANRAYA”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge