PELAJAR DIDAKWA BUNUH BAKAR NURUL AWATIF SHAKIR

Number of View: 5796

PELAJAR DI DAKWA BUNUH BAKAR NURUL AWATIF SHAKIR,seorang remaja dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ampang Jaya berikutan kes pembunuhan seorang gadis yang mayatnya ditemui dibakar hampir 80 peratus di dalam semak dekat loji kumbahan di Jalan Bukit Belacan, Ampang di sini 6 September lalu.

kes pembunuhan itu memasuki episod baru apabila Muhammad Khairi didakwa membunuh hingga menyebabkan kematian Nurul Awatif Mohd. Shakir, 19, di rumah bernombor B-119 Apartmen Sri Wira, Jalan Ukay Perdana 2, Taman Ukay Perdana, Ampang di antara pukul 9 malam, 4 September hingga pukul 2.15 pagi, 5 September lalu.

Tertuduh yang merupakan pelajar institusi pengajian tinggi awam (IPTA), Muhammad Khairi Nor Aziz, 19, hanya mengangguk faham ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Wan Karimah Wan Md. Abd. Ghani. Tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh.

Pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Faridah Nur Dinie Baharum manakala Muhammad Khairi diwakili peguam Zamani Dolmat. Wan Karimah menetapkan 8 November depan sebagai tarikh sebutan semula kes.Dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

 

ARTIKEL MENARIK:http://ulanweblog.com/2011/09/dibelasah-polis-kerana-memberi-teguran/

Incoming search terms:

Tags: , , , , , , ,

0 thoughts on “PELAJAR DIDAKWA BUNUH BAKAR NURUL AWATIF SHAKIR”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge