PERBUATAN KHIANAT DI APARTMEN AMPANG KERETA DAN MOTOSIKAL TERBAKAR

Number of View: 13719

Pada awal pagi tadi di taman muda,ampang Enam buah motosikal dan dua buah kereta terbakar di percayai perbuatan khianat.

Menurut Ketua Polis Ampang Jaya, ACP Amiruddin Jamaluddin,Kejadian itu berlaku lebih kurang pukul 5.30 pagi di Apartmen Rivera.Kejadian itu berlaku ketika penduduk di apartmen itu sedang nyenyak tidur dan asap daripada motosikal dan kereta yang dibakar itu naik ke tingkat atas, menyebabkan kesemua mereka terjaga.

Penduduk di Apartmen itu turun untuk melihat apa yang berlaku dan setelah menyedari terdapat kenderaan terbakar, mereka memaklumkannya kepada pihak polis dan bomba,katanya lagi.

Amiruddin berkata,ia kejadian kedua yang berlaku di kawasan yang sama manakala tahun lepas lapan buah motosikal dan sebuah kereta telah dibakar.

Tags: , , , , , ,

0 thoughts on “PERBUATAN KHIANAT DI APARTMEN AMPANG KERETA DAN MOTOSIKAL TERBAKAR”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge