POLIS SAHKAN SUSPEK CUBA MEMPERKOSA MANGSA KES BUNUH BAKAR NURUL AWATIF | Jokegurl.Com

POLIS SAHKAN SUSPEK CUBA MEMPERKOSA MANGSA KES BUNUH BAKAR NURUL AWATIF

Number of View: 9905

POLIS SAHKAN SUSPEK CUBA MEMPERKOSA MANGSA KES BUNUH BAKAR NURUL AWATIF,suspek dalam kes bunuh dan bakar seorang remaja wanita di Jalan Bukit Belacan, Ampang, pada 5 September lalu disahkan polis suspek cuba memperkosa mangsa selepas hajatnya untuk menyambung kembali hubungan percintaannya ditolak.

Datuk Seri Mohd Bakri Zinin,Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman berkata siasatan mendapati suspek berang selepas mangsa Nurul Awatif Syakir, 19, seorang pelajar Maahad Tahfiz Al-Tijarah di Selayang enggan meneruskan hubungan mereka. Suspek dipercayai mengambil tindakan nekad membunuh mangsa sebaik permintaanya itu ditolak. Pihak polis sudah menerima laporan bedah siasat dan juga perintah sambung reman sehingga 27 September ini sebelum mengambil tindakan seterusnya.

mangsa Nurul Awatif dilaporkan hilang oleh anggota keluarganya selepas keluar rumah pada 8.30 malam sehari sebelum itu. Ahli keluarga mangsa membuat pengecaman mayat melalui cebisan baju kurung berwarna hijau serta sepasang anting-anting yang dipakai mangsa.

Pihak polis menahan seorang lelaki berusia 19 tahun yang juga pelajar tahun dua Ijazah Sarjana Muda Ukur Bahan di pusat pengajiannya yang terletak di Seri Iskandar, Perak pada 12 september,bagi membantu siasatan kes bunuh bakar itu.

sumber:berita harian

entri berkaitan:http://jokegurl.com/2011/09/seorang-pelajar-ditahan-bunuh-bakar-norul-awatif/

 

Incoming search terms:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge