SEORANG AHLI PERNIAGAAN BAYAR RM50K UNTUK GELARAN DATUK

Number of View: 2366

Salam hormat dan salam mesra,jokegurl harap semuanya sihat dan ceria-ceria selalu.Seorang ahli perniagaan khuatir ditipu pihak tidak bertanggungjawab, apabila ahli perniagaan itu di minta membayar sejumlah wang rm50,000 bagi tujuan pengurniaan darjah kebesaran yang membawa gelaran Datuk oleh Datuk Undang Wilayah Naning, Melaka tidak lama lagi……….

Ahli perniagaan yang mahu di kenali sebagai Amin,50 an,itu mendakwa dia didatangi oleh individu berkenaan ketika dia dan beberapa rakannya mempunyai urusan perniagaan di Alor Gajah, Melaka tengah hari kelmarin.

individu tersebut memberi jaminan bahawa mereka boleh mendapatkan gelaran Datuk menjelang istiadat yang akan diadakan di negeri itu pada 20 Oktober depan,katanya

Menurut ahli perniagaan itu lagi,lelaki tersebut memberitahu lokasi istiadat pengurniaan darjah gelaran Datuk itu masih belum ditentukan sama ada akan diadakan di hotel atau resort.kesemua mereka dikehendaki membayar 10 peratus daripada RM50,000 seorang manakala bakinya perlu diselesaikan segera dalam tempoh berperingkat sebelum istiadat berkenaan diadakan.

“Pada mulanya, hati saya berbelah-bahagi namun apabila kesemua rakan bersetuju, mahu tidak mahu saya pun membayar RM5,000 kepada individu tersebut,”kata ahli perniagaan itu.

Incoming search terms:

Tags: , , , ,

0 thoughts on “SEORANG AHLI PERNIAGAAN BAYAR RM50K UNTUK GELARAN DATUK”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge