SEORANG BAYI PEREMPUAN CEDERA KETIKA DILAHIRKAN DI HOSPITAL KLANG

Number of View: 4030

BAYI PEREMPUAN CEDERA KETIKA DILAHIRKAN,seorang bayi perempuan yang baru dilahirkan empat hari di Hospital Tengku Ampuan Rahimah HTAR  mengalami kecederaan sirius dimuka dan mata dipercayai akibat kecuaian Doktor.

Gambar Hiasan

Bayi perempuan itu tidak dapat menyusu seperti biasa kerana luka di mulut sehingga pihak hospital terpaksa menggunakan peralatan khas untuk memberi susu kepada bayi terbabit.Bapa kepada bayi perempuan itu,Ibrahim Umran, 23,berkata pihak hospital gagal memberi penjelasan munasabah mengenai punca kecederaan bayinya itu.Bapa bayi perempuan itu juga diherdik oleh doktor bertugas apabila beliau terus mendesak meminta penjelasan.

Jururawat yang menyambut kelahiran bayi yang cedera itu hanya menjawab tidak tahu apabila ditanya oleh bapa bayi itu.ibu kepada bayi itu memberitahu bahawa seorang doktor perempuan yang masih muda yang menyambut kelahiran bayi mereka dan sehingga kini dia dan suaminya gagal menemui doktor tersebut untuk minta penjelasan.

Ketika kejadian,ibrahim menunggu diluar bilik pembedahan bersalin sementara isterinya Siti Aishah Abdullah, 23,menjalani pembedahan pada jam 10.15 malam isnin lalu.

Ibrahim memberitahu,dia menunggu kelahiran anak sulungnya itu dengan penuh debaran,dia sangat terkejut apabila melihat keadaan anaknya yang banyak lebam-lebam di muka.Dia berasa hancur luluh apabila melihat anaknya yang dilahirkan cedera sedangkan sepanjang tempoh kandungan, doktor mengesahkan bayi saya sempurna dan sihat.Doktor yang melihat bayinya itu ada mengatakan kecederaan ini berlaku mungkin kerana terkena tangan ketika proses melahirkan bayi.

menurut jurucakap hospital,pihaknya akan menyiasat kes berkenaan terlebih dahulu sebelum memberikan sebarang ulasan.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Mohamad Mat Yusop pula berkata, pihaknya ada menerima laporan mengenainya dan siasatan sedang dijalankan.

 sumber:Berita Harian
MACAM2 DUNIA NI:http://ulanweblog.com/2011/09/mati-setelah-menyuntik-lemak-sapi-panas-ke-wajah/

 

Incoming search terms:

Tags: , , , , ,

0 thoughts on “SEORANG BAYI PEREMPUAN CEDERA KETIKA DILAHIRKAN DI HOSPITAL KLANG”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge