SEORANG GADIS MAKAN SABUN DAN SERBUK PENCUCI SETIAP MINGGU

Number of View: 3624

SEORANG GADIS MAKAN SABUN DAN SERBUK PENCUCI SETIAP MINGGU,seorang gadis Tempestt handerson dari florida mempunyai satu tabiat ganjil dimana dia suka makan sabun dan serbuk pencuci,lapor sebuah akhbar.Gadis pelik itu akan makan sabun dan serbuk pencuci pada setiap minggu.

Gadis itu mula tabiat suka makan sabun dan serbuk pencuci itu setelah dia berpisah dengan teman lelakinya hanya kerana mereka belajar di kolej yang berlainan.Ketagihan pelik itu bermula apabila dia menjilat serbuk pencuci yang terdapat pada jarinya.Menurut gadis itu,Sabun dan serbuk pencuci itu berasa amat manis.

Gadis itu mula berjumpa doktor untuk mengubati ketagihan peliknya itu setelah enam bulan mengalami ketagihan itu.Menurut doktor yang merawat gadis tersebut memberitahu dia mengalami sejenis penyakit ganjil yang dikenali sebagai Pica.Penyakit yang di alaminya itu menyebabkan dia suka memakan makanan yang tidak mengandungi zat.

Gadis itu menjalani rawatan cara terapi dan di arahkan oleh doktor agar dia cuba mengingati benda lain jika dia berasa mahu memakan sabun.Dia juga disarankan agar pergi berjalan dan mengelakkan diri dari tempat-tempat yang mengandungi sabun seperti bilik mandi serta kedai dobi.

Gadis pelik itu berharap agar dapat membuang penyakit yang di alaminya itu selama-lamanya dengan menjalani rawatan pemulihan itu.

 

ENTRY MENARIK:http://ulanweblog.com/2011/04/lelaki-hebat-punya-39-isteri-99-anak-dan-33-cucu/

Incoming search terms:

Tags: , , , ,

One thought on “SEORANG GADIS MAKAN SABUN DAN SERBUK PENCUCI SETIAP MINGGU”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge