TAK DAPAT JUAL RUMAH IBUBAPA MATI DI TIKAM

Number of View: 16541

TAK DAPAT JUAL RUMAH IBUBAPA MATI DI TIKAM,Sepasang suami isteri di sandakan mati ditikam oleh anak lelakinya di sebuah rumah di Batu 1, Jalan Utara dekat sini, malam tadi.kejadian malang itu berlaku lebih kurang pukul 10.45 malam dan di dalam kejadian itu lelaki 31tahun tersebut turut menikam kakaknya.

Ketua Polis Sandakan,ACP Rowell Marong memberitahu mangsa yang mati ditikam itu dikenali sebagai Yew Hiap Foh, 70, dan isterinya Chu Ching Moi, 60, dan kedua-dua mereka mati di tempat kejadian akibat tikaman di bahagian dada.Mayat Yew ditemui terbaring di bilik tidur manakala Chu ditemui terbaring di atas sofa di ruang tamu rumah tersebut.

kakaknya yang juga mangsa yang ditikam mengalami cedera parah akibat ditikam diperut dan kini dirawat di Hospital Duchees of Kent Sandakan dan dilaporkan dalam keadaan stabil,,” katanya di sini hari ini.

Dari laporan awal pihak polis,Lelaki itu di katakan berang selepas bapanya tidak membenarkan permintaannya untuk menjual rumah yang mereka diami itu.lelaki itu ingin berbuat demikian untuk mendapatkan modal berniaga dan dia diberitahu oleh bapanya bahawa nama pemilikan rumah itu sudah dipindahkan kepada kakaknya.Lelaki itu juga pernah mengugut untuk menikam ibubapa nya jika tidak menunaikan permintaannya itu.

Lelaki itu melarikan diri selepas kejadian itu dan polis berjaya menangkapnya selepas dia datang semula ke rumah itu dengan menaiki sebuah kereta.Pihak polis juga menemui sebilah pisau di ruang tamu yang di percayai digunakan lelaki tersebut di dalam kejadian itu.-BERNAMA

ikuti entry menarik ini:http://ulanweblog.com/2011/05/info-telinga-menjadi-sarang-semut/

Tags: , , , , ,

0 thoughts on “TAK DAPAT JUAL RUMAH IBUBAPA MATI DI TIKAM”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge