AKTA KEDIAMAN TERHAD DI MANSUHKAN

Number of View: 4330

 Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan pembebasan kesemua 125 individu yang ditahan mengikut Akta Kediaman Terhad 1933 dengan serta-merta manakala lebih 200 waran yang belum disampaikan juga dibatalkan.Keputusan itu selaras dengan cadangan pemansuhan akta berkenaan yang dibentangkan oleh Perdana Menteri di Dewan Rakyat hari ini.

“Saya berdiri di Dewan yang mulia pada hari ini bagi memulakan proses mengotakan janji kerajaan. Hakikatnya, amat jarang di dunia bagi sebuah kerajaan yang sedang berkuasa untuk secara sukarela memudarkan kuasa yang dimiliki,” kata Najib ketika membentangkan Rang Undang-undang Kediaman Terhad (Pemansuhan) 2011.

– Bernama

 

Tags: , , , ,

0 thoughts on “AKTA KEDIAMAN TERHAD DI MANSUHKAN”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge