BAJET 2012 TUMPU GOLONGAN BERPENDAPATAN RENDAH

Number of View: 5840

BAJET 2012 TUMPU GOLONGAN BERPENDAPATAN RENDAH,Kelangsungan hidup golongan berpendapatan rendah dan pengurangan kadar cukai diharap menjadi agenda utama Bajet 2012 yang akan dibentangkan di Parlimen hari ini.Beberapa pakar ekonomi berpendapat pembentangan Bajet 2012 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak itu akan menumpukan kedua-dua aspek berkenaan.

Pakar ekonomi, Datuk Salleh Majid berkata, kerajaan perlu mengurangkan kadar cukai yang disifatkannya masih tinggi bagi membolehkan Malaysia kekal kompetitif dalam kalangan negara-negara membangun.Walaupun kadar cukai pendapatan maksimum dikurangkan daripada 27 peratus kepada 26 peratus dalam bajet tahun lepas, ia sebenarnya masih tinggi untuk berdaya saing dengan negara-negara lain di rantau ini.Singapura, misalnya, hanya mengenakan kadar cukai pendapatan sebanyak 17 peratus namun tetap mampu bersaing,

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai isu-isu yang ditekankan dalam Bajet 2012 yang akan dibentangkan oleh Najib hari ini.pengurangan kadar cukai juga dapat menggalakkan kemasukan pelabur asing yang secara tidak langsung berupaya memacu pertumbuhan ekonomi yang positif.

Salleh juga menyatakan harapannya agar pengurangan kadar cukai dapat dilaksanakan supaya dapat meringankan beban rakyat dari segi kos sara hidup terutamanya dalam kalangan golongan miskin dan berpendapatan rendah.

Sementara itu, Presiden Persatuan Ekonomi Pengguna dan Keluarga Malaysia, Prof. Dr. Jariah Masud pula berharap kerajaan perlu mengawal harga barang keperluan asas bagi mengelakkan pengguna daripada terus ditindas sesetengah peniaga.sudah terlalu banyak kes yang melibatkan penipuan oleh peniaga dan keadaan itu akan menjejaskan ekonomi keluarga yang berpendapatan rendah dan sederhana.

Jika perkara itu tidak segera dibendung, katanya, keluarga berkenaan dikhuatiri akan gagal mengawal perbelanjaan harian, sekali gus mendatangkan kesan negatif kepada ekonomi untuk jangka masa panjang.

“Kini sudah terdapat banyak kes seperti anak-anak terpaksa berhenti daripada persekolahan semata-mata untuk membantu ibu bapa mencari wang.

“Bagi saya, antara cara terbaik untuk menangani masalah tersebut ialah dengan mengawal harga barang,” katanya.

Ahli Dewan Negara, Senator Datuk Dr. Firdaus Abdullah pula berpendapat Bajet 2012 dapat memberi lebih pengisian kepada rakyat terutamanya yang berpendapatan rendah.

“Saya percaya bajet itu dapat memberi lebih insentif kepada golongan berkenaan agar dapat mengimbangi pendapatan dengan kenaikan harga barang dan kos sara hidup yang semakin meningkat pada masa ini.

“Pelaksanaan itu diharap dapat memberi kesamaan dari segi taraf hidup bagi menjamin keselesaan dan kesejahteraan rakyat,” katanya.

 

Incoming search terms:

Tags: , , , , , , , , ,

0 thoughts on “BAJET 2012 TUMPU GOLONGAN BERPENDAPATAN RENDAH”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge