BAJET 2012:BANTUAN RM500 UNTUK RAKYAT | Jokegurl.Com

BAJET 2012:BANTUAN RM500 UNTUK RAKYAT

Number of View: 39452

BAJET 2012:BANTUAN RM500 UNTUK RAKYAT, Seramai 3.4 juta orang atau 53 peratus daripada isi rumah di negara ini yang mempunyai pendapatan bulanan RM3,000 ke bawah akan menerima bantuan RM500 dalam usaha kerajaan meringankan beban rakyat khususnya golongan berpendapatan rendah menghadapi tekanan kos sara hidup.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, pemberian tunai sekali bayar itu adalah langkah yang julung-julung kali dilakukan dengan kos RM1.8 bilion.

“Untuk menerima bantuan ini, ketua isi rumah yang layak hendaklah berdaftar dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) sebagai agensi pelaksana.

Bantuan itu akan disalurkan melalui bank dan pejabat pos,” kata Najib yang juga Menteri Kewangan ketika membentangkan Bajet 2012 di Dewan Rakyat semalam.

Bajet bertemakan ‘Dasar Transformasi Nasional: Bajet Membela Rakyat, Mensejahtera Negara’ itu menyediakan peruntukan sebanyak RM232.8 bilion dengan RM181.6 bilion untuk perbelanjaan mengurus manakala perbelanjaan pembangunan berjumlah RM51.2 bilion.

Ia mempunyai lima fokus utama iaitu meligat pelaburan, mengungguli modal insan, mencerna kreativiti dan mencetus inovasi, program transformasi luar bandar, memperkejap perkhidmatan awam dan meredakan inflasi dan mengimarah kehidupan. Untuk itu, Najib mengumumkan bahawa kerajaan akan melaksanakan sistem pendidikan rendah dan menengah secara percuma.

“Pada masa ini, pelajar masih dikenakan bayaran RM24.50 sen bagi sekolah rendah dan RM33.50 bagi sekolah menengah untuk bayaran kokurikulum, kertas ujian dalaman, Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia dan Insuran Takaful.

“Mulai sesi persekolahan 2012, bayaran ini akan dimansuhkan,” jelasnya dengan menambah, pemansuhan semua bayaran itu akan melibatkan peruntukan sebanyak RM150 juta.

Selain itu, Najib turut mengumumkan bantuan persekolahan RM100 kepada semua pelajar sekolah rendah dan menengah daripada tahun satu hingga tingkatan lima di seluruh negara.

Bantuan itu akan melibatkan kira-kira 5.3 juta pelajar sekolah pada tahun depan dengan nilai peruntukan RM530 juta dan disalurkan menerusi akaun Bank Simpanan Nasional (BSN).

 

Incoming search terms:

23 Responses to BAJET 2012:BANTUAN RM500 UNTUK RAKYAT

  1. man says:

    macaman dengan orang yang pernah bekerja dan sudah tidak dapat bekerja kerana Hilangupaya kekal?
    macamana nak mohon bantuan rm500 tersebut?

  2. Lelyana Haris says:

    Saya in gin bertanya mengenai pemberian rm500 kepada isi rumah yang berpendapatan kurang Dari rm3000.adakah pemberian ini untuk yang berstatus Berkahwin sahaja bagaimana dengan yang berstatus bujang tetapi telah membeli rumah kediaman sendiri untuk keluarga..adakah layak untuk mendapatkan peruntukan dari bajet 2012,andainya layak bagaimana untuk bermohon peruntukan ini..terima kasih..0173996372

  3. johari b. masuan says:

    saya sudah berkahwin dan berkerja dengan pendapatan kurang dari rm 3000.isteri saya suri rumahtangga dan belum mempunyai anak.adakah saya layak untuk mendapatkan peruntukan rm 500 dari bajet 2012?bagaimana cara untuk saya memohon?

  4. Aida says:

    Salam

    suami saya & saya bekerja dgn pendapatan isi rumah dibawah rm3k & suami saya tidak pernah mempunyai income tax.. boleh apply ke?? klu boleh bagaimana?? TQ

    email: aida.koh81@gmail.com

  5. zak says:

    Ada tak maksud tersirat kenapa LHDN dipilih sebagai agen pelaksana? kalau setakat mudah mengesan jumlah pendapatan sesorang tu takpa lah juga tetapi kiranya lepas ni LHDN tolak tunggakan sana tunggakan sini kesian org2 berkenaan akan kuranglah dia terima.
    zak recently posted..8 Program Mudah Hasilkan Duit Dengan InternetMy Profile

  6. shana says:

    Bagaiman dengan ibu tunggal yang berpendapatan rm850.00 sebulan.
    Tentunya pendaftaran dalanLHDN tidak pernah dibuat.
    Sepatut kerajaan harusnya memnamtau golongan ini. Yang kita sedia maklum pejawat awam itu sudah semestinya mempunyai pencen kelak
    terima kasih

    JANGAN PINGGIRKAN GOLONGAN INI

  7. missmem mizah says:

    kalau budak ipt dpt tak..tak fair lah kalau budak sekolah rendah n menengah je..abeh kita org yang blaja ipt ne tak dpt pulak.! ! kita org mahal lagi wei nak bayar yuran lagi…

  8. lieza says:

    bagaimana pula skiranya ibu tunggal yang tiada pekerjaan hanya di bantu oleh anak-anak yg bekerja dan belum berumahtangga?adakah layak untuk memohon? dan pula ibu tunggal ini seorang balu yg masih mmpunyai tanggungan untuk anak-anak yg masih bersekolah. sila jelaskan.tq

  9. leo says:

    slmt ptg nak tanya cam askar boleh mohon tak bantuan 500 tu,saya dah kawin tapi tak ada anak lg

  10. mohd afiq bin abdullah says:

    saya sudah berkahwin dan berpendapatan 3500,isteri saya suri rumah tetap.saya ada 4 org anak,ada kah saya layak untuk memohon????

  11. rose says:

    saya tinggal di daerah padang serai kedah…dimana patut saya hantar borang bantuan 500 tersebut,kerana di daerah itu tiada LHDN

  12. borneo guys says:

    menyusahkan…klu mahu bagi rm500 tu secara cash dan peribadi kan senang???ni mahu bukak bank la apa la….cuba kamu fikir sebanyak 1.8 bilion yg layak menerima??billion d bank in ke dlm bank tentu ada bunga……jg bunga kepada 1.8billion tu sapa yg dapat???…menyusahkan org d dlm pedalaman shj..klu tidak ikhlas membantu baik tidak payah…ni bukan untuk kebaikan..tp sangatla menyusahkan……tq..from north borneo..

  13. Teh Hock Lye says:

    I apply for BRIM but is rejected, How can it be rejected i only earn Rm 900 per month and only making ends meet. I hope the goverment will have pity everyones like me and take a look of how to overcome this situaton.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge