BANTAHAN DRAMA TAHAJJUD CINTA

Number of View: 4427

BANTAHAN DRAMA TAHAJJUD CINTA,Drama tahajjud cinta yang dibintangi  Eman Manan, Nur Fazura, Fauziah Ghous sebagai watak utama yang ditayangkan saluran tv3 setiap jumaat pada pukul 9 malam telah menerima bantahan dari masyarakat umum.Malah Drama arahan Eirma fatima itu banyak mendapat bantahan dari masyarakat menerusi laman sosial facebook,dua page yang diwujudkan untuk membantah penayangan drama itu kerana dilihat cuba menghina golongan wanita khususnya wanita berpurdah serta insitusi pengajian pondok.

Gambar Google

Eirma fatima menjelaskan,sekiranya ada pihak yang ingin membantah itu terpulang kepada mereka,kerana sebagai pengkarya dia tidak mampu memuaskan hati semua pihak.Mereka perlu fikir dan melihat dari pelbagai aspek sebelum membantah.dia tidak terniat untuk merendahkan martabat wanita berpurdah mahupun ustaz.sebaliknya ia menceritakan realiti yang berlaku dalam kehidupan seharian masyarakat.

“Tak ada ke orang berpurdah berkelakuan sumbang, tak ada ke ustaz yang sebegitu. Apa yang saya lakukan ialah saya ingin memaparkan sifat munafik manusia itu dan bukannya nak jatuhkan Islam. Saya tunjukkan kepada semua realiti kehidupan kita. Jangan lihat drama atau filem tapi baca mengenainya,” katanya lagi.

Tambah eirma, lebih baik mereka yang membantah itu melihat sehingga habis drama bersiri 13 episod itu kerana mereka kelak akan mengerti apa yang tersirat dan yang mesej ingin dipaparkan dalam kisah tersebut.

KREDIT TO MURAI.COM

Tak tahu jokegurl nak kata apa-apa,semoga kak eirma terus kan berkarya.

 

Incoming search terms:

Tags: , , , , , ,

One thought on “BANTAHAN DRAMA TAHAJJUD CINTA”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge