BANTUAN RM500 DI AGIH JANUARI

Number of View: 6008

BANTUAN RM500 DI AGIH JANUARI,Bantauan rm500 one off atau sekali sahaja yang  diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semasa membentangkan Belanjawan 2012 minggu lepas akan diagihkan pada bulan januari depan.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussin berkata, pengagihan bantuan wang tunai itu yang boleh dilakukan secara berperingkat-peringkat, tanpa penetapan masa, akan dilakukan secepat mungkin mulai Januari depan.

Awang Adek berkata, kerajaan mengenal pasti Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) sebagai agensi utama perlaksanaan bantuan itu.

“Ini kerana agensi berkenaan mempunyai fail-fail cukai bagi pembayar cukai yang aktif mahupun tidak aktif antara agensi lain yang turut terlibat dalam pengagihan bantuan itu ialah Bank Simpanan Nasional (BSN), Bank Negara serta POS Malaysia,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Seminar Percukaian Kebangsaan 2011, di sini hari ini.

Awang Adek berkata, LHDN difahamkan turut mengguna pakai sistem pangkalan data e-Kasih Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi mendapatkan maklumat rakyat yang benar-benar layak menerima bantuan terbabit.

 

JOM JOIN TANDA SUPPORT

Incoming search terms:

Tags: , , , ,

0 thoughts on “BANTUAN RM500 DI AGIH JANUARI”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge