CINTA MUKA BUKU NAJWA LATIF POPULAR

Number of View: 6459

CINTA MUKA BUKU NAJWA LATIF BAWA POPULAR,Remaja, Najwa Latif,16 yang boleh bermain gitar dan mempunyai suara lemak merdu yang pada mulanya suka-suka dengan memuatkan lagu nyanyiannya berjudul Baby dalam lamanYoutube kini popular dengan lagu cinta muka buku.

Najwa latif tidak menduga lagu popular penyanyi Justin Bieber yang dipersembahkannya di Youtube kira-kira tiga bulan lalu itu, telah mempopularkan namanya.Lagu itu ditonton lebih 100,000 pengunjung di laman Youtube. Tidak cukup dengan itu, dia kemudiannya memuatkan lagu ciptaannya, Cinta Muka Buku dan tidak sampai dua bulan ia telah dilayari lebih 2 juta orang.

Kini nama Najwa Latif semakin popular kerana menjadi sebutan di seluruh dunia dan semakin mekar dalam persada seni suara tanah air,Biarpun tanpa sebarang album dia sudah dikenali ramai.

Menurut Najwa atau nama penuhnya Imratul Najwa Abdul Latif, dia memang tidak menduga akan popular dalam sekelip mata dan semuanya adalah penangan dari youtube.Lagu-lagu nyanyian saya di youtube ditonton ramai pelayar di internet.ayah dan kakak saya pada mulanya hanya memuatkan lagu itu secara suka-suka sahaja.

“Tujuannya supaya saya dapat memperbaiki cara nyanyian dan petikan gitar saya dalam lagu yang dimuatkan dalam Youtube itu. Tetapi saya tidak menyangka pula persembahan itu menjadi tumpuan ramai,” ujarnya kepada hits

Najwa yang ditemui selepas mengadakan Konsert Kami Prihatin di Universiti Malaya, Kuala Lumpur baru-baru ini berkata, persembahannya di Youtube itu bukan sahaja menjadi perhatian para peminat tetapi juga media massa.Jelas pelajar tingkatan empat Sekolah Menengah Kebangsaan Perempuan Temenggong Ibrahim, Batu Pahat, Johor ini, ekoran publisiti itu semakin banyak pihak yang tertarik untuk mengenali dirinya secara lebih dekat lagi.

“Selepas lagu-lagu nyanyian saya disiarkan ramai blogger yang membuat ulasan. Antaranya Cik Epal yang membuat komen tentang lagu nyanyian saya yang berjudul Cinta Muka Buku di laman blognya baru-baru ini.Ia secara tidak langsung membantu mempopularkan lagi nama saya sehingga berjaya menjadi artis rakaman NAR Records,” jelas anak ketiga daripada empat beradik ini yang menandatangani perjanjian baru-baru ini.

sumber:utusan

memang best lagu najwa latif ,jokegurl harap dia akan berjaya dalam dunia seni dan pelajarannya

GAMBAR POCONG TERAKAM DI SENAWANG

 

 

Incoming search terms:

Tags: , , , , ,

0 thoughts on “CINTA MUKA BUKU NAJWA LATIF POPULAR”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge