GAMBAR MAYAT MUAMMAR GADDAFI BERBAU BUSUK

Number of View: 21026

GAMBAR MAYAT MUAMMAR GADDAFI BERBAU BUSUK,MISRATA, Mayat bekas pemimpin Libya, Muammar Gaddafi mula mereput dan berbau busuk selepas empat hari ditempatkan di dalam sebuah bilik sejuk simpanan daging di sini sejak Khamis lalu.Warna kedua-dua mayat itu menjadi semakin hitam selepas tidak dikebumikan selama empat hari.

Pejuang-pejuang yang mengawal jenazah Gaddafi dan anak lelakinya, Motassim bertindak meletakkan lapisan plastik di bawah jenazah mereka ekoran cecair mayat mula mengalir di dalam bilik sejuk beku sebuah pasar tempat kedua-dua jenazah itu disimpan.Para pejuang Majlis Peralihan Kebangsaan (NTC) mula memberikan topeng bedah kepada para pelawat untuk melindungi daripada terhidu bau busuk yang tersebar ke dalam bilik sejuk beku tersebut.

Pengebumian Gaddafi masih menjadi perbalahan dalam kalangan anggota-anggota NTC yang memerintah Libya buat sementara waktu.Para pemimpin NTC mahu mayat Gaddafi dikebumikan di sebuah lokasi rahsia supaya makamnya tidak dipuja.Namun begitu suku kaum Gaddafi mahu mayatnya dikebumikan di bandar kelahirannya di Sirte.

sumber:Reuters

 

Incoming search terms:

Tags: , , , , ,

One thought on “GAMBAR MAYAT MUAMMAR GADDAFI BERBAU BUSUK”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge