INFO KWSP - DAPATKAN BORANG KWSP SECARA ONLINE | Jokegurl.Com

INFO KWSP – DAPATKAN BORANG KWSP SECARA ONLINE

Number of View: 25906
LATAR BELAKANG KWSP

KWSP merupakan sebuah institusi keselamatan sosial yang ditubuhkan di bawah Undang-Undang Malaysia, Akta Kumpulan Wang Simpanan Pekerja 1991 (Akta 452) yang menyediakan faedah persaraan kepada ahlinya melalui pengurusan simpanan mereka secara cekap dan boleh dipercayai. KWSP juga menyediakan sistem yang efisien dan mudah bagi memastikan para majikan memenuhi tanggungjawab undang-undang serta kewajipan moral mereka untuk mencarum kepada KWSP bagi pihak pekerja mereka.

SIAPAKAH AHLI KAMI?
Pekerja Sektor Swasta dan Pekerja Tidak Berpencen Sektor Awam. Sehingga Jun 2011, KWSP mempunyai seramai 12.9 juta ahli. Bilangan ahli aktif dan masih mencarum adalah seramai 6.11 juta. Bilangan majikan aktif pula adalah seramai 481,886.

CARUMAN WAJIB
Caruman adalah wang yang dikreditkan ke akaun individu ahli di KWSP. Amaun tersebut terdiri daripada caruman pekerja dan caruman majikan dan dikira berdasarkan gaji bulanan pekerja. Kadar caruman semasa adalah 23% daripada gaji pekerja dimana 11% adalah caruman pekerja yang dipotong daripada gaji bulanan pekerja manakala 12% adalah caruman oleh majikan.

ALOKASI PELABURAN
Caruman bulanan anda dilaburkan melalui beberapa instrumen kewangan yang diluluskan untuk menghasilkan pendapatan. Ini termasuklah Sekuriti Kerajaan Malaysia, Instrumen Pasaran Wang, Bon & Pinjaman, Ekuiti dan Hartanah.

DIVIDEN
KWSP memastikan simpanan anda selamat dan mendapat dividen yang berpatutan. KWSP menjamindividen sebanyak 2.5 peratus setahun. Untuk memastikan bayaran dividen, KWSP melaburkan caruman anda melalui instrumen kewangan yang diluluskan bagi mendapatkan pulangan yang optimum.
Dividen dimasukkan ke dalam akaun anda setiap tahun. Kadar dividen yang diisytiharkan oleh KWSP adalah tertakluk kepada pulangan pelaburan yang dibuat melalui instrumen-instrumen yang diluluskan.

Dividen Tahunan dikira berdasaran baki pembukaan simpanan anda setakat 1hb Januari setiap tahun. Dividen Bulanan pula dikreditkan ke akaun anda berdasarkan jumlah caruman bulanan yang diterima.

KLIKK PAUTAN DIBAWAH

PENDAFTARAN BARU I-AKAUN

ALAMAT PEJABAT KWSP SELURUH MALAYSIA

BORANG-BORANG KWSP

Incoming search terms:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge