IPHONE 4S MENDAPAT KRITIKAN

Number of View: 2959

IPHONE 4S MENDAPAT KRITIKAN,CUPERTINO, California 5 Okt. – Pelancaran produk terbaru iPhone, iPhone 4S oleh Apple Inc. yang hanya merupakan model iPhone 4 yang dinaik taraf semalam menerima kritikan dan kekecewaan peminat di Internet.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Tim Cook yang baru menerajui syarikat terkemuka itu gagal menarik perhatian terhadap produk besar terbaru di bawah penyeliaannya, seperti mana yang pernah dilakukan bekas peneraju syarikat itu, Steve Job ke atas produk-produk terbaru mereka.

Cook yang menggantikan Jobs pada Ogos lalu memperkenalkan iPhone baru yang mempunyai pengenalan suara dan kamera yang lebih baik, namun ia kelihatan sama seperti telefon sebelum ini.Walaupun gajet itu tidak seperti yang diharapkan, penganalisis menyukai teknologi suara berkenaan yang membantu pengguna menggunakan suara untuk segala perkara termasuk pencarian harga saham sehingga menghantar mesej.Teknologi suara iPhone itu dikatakan lebih mudah digunakan daripada telefon Android atau Blackberry keluaran Research in Motion.

Para penganlisis berkata, apa yang lebih penting ialah untuk mengekalkan populariti iPhone 4 ekoran ia dijual lebih 20 juta unit pada tahun ini sehingga 25 Jun lalu.

“Sudah 16 bulan dan apa yang baru hanyalah pemproses A5 dalam iPhone 4 yang sedia ada. Ia sedikit mengecewakan, namun ia tetap akan dijual dalam jumlah jutaan unit,” ujar penganalisis, Colin Gillis dari BGC Partners.

”Ia agak melucukan jika mereka memanggilnya iPhone 5, namun saham mereka tidak akan menghadapi masalah tetapi mereka memanggilnya 4S yang mengecewakan beberapa pihak,” kata pengurus portfolio syarikat WP Stewart, Michael Walker.- Reuters

 

 

Tags: , , , , , ,

0 thoughts on “IPHONE 4S MENDAPAT KRITIKAN”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge