KAD KREDIT PALSU SEMURAH RM15

Number of View: 5063
Gambar Kosmo

KAD KREDIT PALSU SEMURAH RM15,Pihak polis berjaya merampas sebanyak  3,246 keping kad kredit palsu yang siap diproses dalam serbuan di sebuah kilang di bandar puteri,Pelabuhan klang kelmarin.Dalam serbuan pada pukul 6.30 petang itu seorang pemilik perniagaan percetakan dan seorang pekerjanya ditahan.

Pihak polis juga turut merampas beberapa mesin atau alat yang digunakan untuk memproses kad kredit.Ahli perniagaan yang ditahan itu terlibat dengan sendikit kad kredit palsu antarabangsa.Sendikit itu memalsukan kad-kad kredit milik City Bank, HSBC Bank, Standard Chartered Bank, American Express, Hua Nan Comercial Bank, China Merchants Bank, Axis Bank dan The Royal Bank of Scotland.Jumlah semua rampasan tersebut dianggarkan bernilai lebih RM1 juta.

Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Datuk Tajudin Mohd. Isa berkata, dua suspek berusia 44 dan 21 tahun itu menyembunyikan kegiatan mereka dengan berselindung di sebalik syarikat percetakan yang diusahakan secara sah.Syarikat percetakan itu telah beroperasi sejak tujuh tahun lalu.

“Syarikat itu mencetak pelbagai jenis kad seperti kad keahlian kelab, kad institusi pengajian tinggi dan kad-kad syarikat.

“Namun kerana tamak untuk mendapat untung lebih, tauke syarikat dan seorang pekerjanya turut mengambil tempahan untuk memproses kad-kad kredit palsu,” kata beliau sambil memberitahu kegiatan salah itu dipercayai baru beroperasi lima bulan lalu.

Bercerita mengenai modus operandi dua suspek itu, Tajudin berkata, suspek dipercayai menerima tempahan daripada ahli sindiket pemalsuan kad kredit antarabangsa yang menyertakan jenis-jenis kad kredit palsu yang dikehendaki.Kebanyakan ahli sindiket itu membabitkan warga asing.

“Setiap kad kredit yang siap diproses dijual pada harga serendah RM15 sekeping dan kualiti pada setiap kad menyerupai kad-kad kredit tulen,” kata beliau.

 

Incoming search terms:

Tags: , , , , , ,

0 thoughts on “KAD KREDIT PALSU SEMURAH RM15”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge