KANAK-KANAK MAUT DI DERA BAPA TIRI

Number of View: 5339

KANAK-KANAK MAUT DI DERA BAPA TIRI,Seorang kanak-kanak berusia 6 tahun dipercayai di dera bapa tirinya sepanjang 10hari ibunya dirawat di hospital selepas melahirkan anak.Kanak-kanak malang itu dipercayai didera oleh bapa tirinya menggunakan besi panas dan juga seterika.kedua-dua tapak kaki kanak-kanak itu berlubang, dipercayai terkena besi panas atau seterika, ada juga kesan lebam kehitaman pada seluruh tubuh mangsa

Kanak-kanak itu,Mohd Firdaus Mat Dan,dikatakan sudah nyawa-nyawa ikan ketika dibawa suspek ke Hospital Alor Gajah (HAG), di sini, jam 4.30 petang semalam dan riak wajahnya ketika itu seolah-olah menahan kesakitan sebelum menghembuskan nafas terakhir.

Menurut sumber, mangsa yang bertubuh kurus diberikan bantuan kecemasan hampir satu jam oleh pegawai perubatan sebaik dibawa ke (HAG), tetapi kanak-kanak itu gagal diselamatkan.

Bapa tiri berusia 37 tahun itu menghantar kanak-kanak terbabit ke hospital selepas membawa isterinya berusia 41 tahun pulang ke rumah mereka di Kampung Padang Sebang, dekat sini, sebaik wanita itu dibenarkan keluar dari hospital.

 

MEMANG KEJAM LAH BAPA TIRI NI,APA LAH DOSA BUDAK TU SAMPAI DIDERA MACAM TU.MEMANG PATUT DIHUKUM DENGAN SEBERAT-BERATNYA OLEH MAHKAMAH.ITU BALASAN DIDUNIA JEK,TUNGGU BALASAN DI AKHIRAT NANTI

Incoming search terms:

Tags: , , , , ,

0 thoughts on “KANAK-KANAK MAUT DI DERA BAPA TIRI”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge