KOD ETIKA JUALAN LANGSUNG DIPERKENALKAN | Jokegurl.Com

KOD ETIKA JUALAN LANGSUNG DIPERKENALKAN

Number of View: 3784

KOD ETIKA JUALAN LANGSUNG DIPERKENALKAN,Bermula awal tahun depan satu kod etika untuk jualan langsung akan diperkenalkan bagi meningkatkan tahap keyakinan rakyat terhadap syarikat jualan langsung di malaysia,kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Kod etika jualan langsung itu akan dikeluarkan oleh persatuan syarikat jualan langsung iaitu persatuan pengedar langsung malaysia dan persatuan jualan langsung malaysia.kod etika itu sekarang ini masih diperingkat draf terakhir.Kita akan memastikan kandungan terperinci kod etika ini mempunyai persamaan di peringkat antarabangsa.katanya kepada pemberita selepas melancarkan pusat kesihatan Melilea International Centre of Organic Wealth di sini Sabtu.

Melilea International adalah syarikat rangkaian pemasaran pertama di negara ini yang mempromosi budaya organik melalui rangkaian operasi stor francais.

Kod etika jualan langsung itu waib di patuhi oleh semua syarikat jualan langsung yang menjalankan sistem perniagaan secara pelbagai peringkat.

Katanya,sehingga ogos lepas sebanyak sebanyak 78 syarikat jualan langsung diluluskan termasuk 27 syarikat antarabangsa menjadikan keseluruhannya sebanyak 627 syarikat jualan langsung berdaftar di negara ini.Banyak syarikat jualan langsung dimalaysia telah menembusi pasaran antarabangsa seperti Singapura, Indonesia, Taiwan, Hong Kong dan Autralia yang melibatkan produk kesihatan Melilea.

Mengenai Belanjawan 2012 yang dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semalam, beliau berkata ia adalah belanjawan yang terbaik pernah dibentangkan kerana ia merangkumi semua aspek yang membawa kesejahteraan kepada semua pihak termasuk pelajar, warga emas dan nelayan.

“Saya percaya kerajaan telah mendengar rintihan rakyat. Ini bukti bahawa kerajaan prihatin terhadap rakyat,” katanya.

Ismail Sabri berkata kementeriannya telah mewujudkan satu pasukan petugas yang akan memantau peniaga dan harga barang bermula hari ini berikutan pengumuman belanjawan supaya tidak ada pihak yang mengambil kesempatan menaikkan harga barangan.

“Kita tidak mahu ada peniaga yang mengambil kesempatan. Sekiranya kita dapati ada di kalangan peniaga menaikkan harga barang tanpa sebab yang munasabah, tindakan akan dikenakan,” katanya. - BERNAMA

Incoming search terms:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge