MYKAD STRUKTUR BARU MULAI JANUARI 2012

Number of View: 4985

MYKAD STRUKTUR BARU MULAI JANUARI 2012, Mulai Januari tahun depan, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) akan mengeluarkan MyKad baharu yang dipertingkatkan ciri-ciri keselamatannya serta tahap kualitinya, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata,MyKad itu dapat menangani isu pemalsuan serta masalah berkaitan kualiti dan ketahanannya terutama berkenaan kualiti cip yang sering dibangkitkan oleh sesetengah pihak.MyKad dengan struktur baharu ini lebih berkualiti dan menepati ciri-ciri keselamatan, sesuai dengan peredaran waktu, keadaan dan cabaran pada masa depan.

Beliau yang juga anggota Parlimen Semberong berkata demikian selepas menghadiri majlis pelancaran pengeluaran MyKad Satu Hari di JPN Kluang dan pengeluaran MyKad dengan struktur baharu.

Hishammuddin berkata, MyKad baharu itu diperbuat daripada bahan ‘polycarbonate’ yang lebih tahan serta mengaplikasikan teknologi turisan laser pada permukaan kad.MyKad itu juga menggunakan cip baharu yang telah diuji ketahanannya di Sirim.pemohon baharu akan diberikan MyKad baharu mulai tahun depan manakala pemegang MyKad lama boleh menukarnya dengan yang baharu.

sumber:kosmo

 

Incoming search terms:

Tags: , , , , , ,

0 thoughts on “MYKAD STRUKTUR BARU MULAI JANUARI 2012”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge