NURUL ATIKAH SAMSIAH MATI DIBUNUH

Number of View: 5627

NURUL ATIKAH SAMSIAH MATI DIBUNUH,Gadis yang berumur 15tahun yang dilaporkan hilang kelmarin akhirnya terjawab.Mayat gadis tersebut,Nurul Atikah Samsiah di temui mati dibunuh di ruang dapur jirannya di kuarters Ladang Kambau, Tanjung Sedeli dekat kota tinggi.

Mayat nurul atikah yang lengkap berbaju T dan berseluar sukan ditemui dengan kesan lebam di seluruh muka dan anggota badan.mangsa dipercayai dibunuh di tempat lain sebelum mayatnya dibawa ke situ berdasarkan terdapat kesan seretan di lantai dapur dan di kawasan sekitar. Rumah itu hanya terletak selang tiga pintu dari kediaman gadis malang tersebut.Rumah itu sering kosong dan hanya didiami oleh seorang pekerja bujang yang hanya datang untuk memasak.

Datuk mangsa, Muhammad Kasim, 62, berkata, mangsa yang menetap di situ bersama ibu bapanya dikatakan hilang sejak pukul 2 petang kelmarin. mayat mangsa ditemui pukul 6.30 pagi semalam oleh penduduk yang melancarkan operasi mencari sejak kehilangannya dihebahkan.

Saya terus membuat laporan di Balai Polis Tanjung Sedeli sebaik dimaklumkan mengenai penemuan mayat cucu saya oleh ibunya, Rahimah. Ketika itu saya berada di Kampung Sungai Perepat kira-kira 10 kilometer dari Ladang Kambau,” ceritanya yang enggan mengulas lanjut.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Supritendan Abdul Samad Salleh memberitahu, pihaknya telah menahan seorang lelaki bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.pihaknya menganggap kes itu selesai dengan penahanan pekerja ladang berusia 41 tahun tersebut.

 

Incoming search terms:

Tags: , , , , ,

0 thoughts on “NURUL ATIKAH SAMSIAH MATI DIBUNUH”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge