PEKERJA MENOLAK KERETA TIGA KILOMETER KERANA MABUK

Number of View: 5181

PEKERJA MENOLAK KERETA TIGA KILOMETER KERANA MABUK,sepuluh pekerja di sebuah pejabat di china menolak kereta bersama majikannya sejauh 3kilometer dari pejabat ke rumah majikannya.kejadian itu berlaku setelah mereka dan majikan baru selesai parti di sebuah restoran di pusat bandar Changchun,timur barat di provinsi china.

kejadian itu berlaku setelah  majikan tersebut merasakan dirinya dalam keadaan separuh sedar kerana terlalu mabuk dalam parti itu dan dia tidak boleh memandu untuk pulang ke rumah.majikan itu tidak mahu meninggalkan keretanya di bandar dan dia tidak sempat untuk memanggil pemandu gantian untuk menghantarnya pulang ke rumah.

di china memandu dalam keadaan mabuk adalah satu kesalahan yang dianggap sebagai satu jenayah yang berat dan boleh dikenakan hukuman penjara selama enam bulan serta denda yang tinggi.

sebagai presiden ,majikan tersebut terpaksa menyakinkan pekerja-pekerjanya dengan mengatakan menolak kereta adalah satu senaman yang baik, lagi pun rumahnya tidak terlalu jauh dari bandar.Pekerja-pekerjanya bersetuju untuk menolak keretanya ke rumah.Orang ramai hanya mampu ketawa melihat Kumpulan pekerja-pekerja itu menyanyi beramai-ramai disepanjang jalan sambil menolak kereta.mereka memakan masa selama 45minit untuk sampai kerumah majikan mereka itu.

mengikut undang-undang trafik di china, jika kereta bergerak tanpa menghidupkan enjin tidak boleh diklasifikasikan sebagai memandu dalam keadaan mabuk.

 

ARTIKEL MENARIK:http://ulanweblog.com/2011/10/isa-man-bomoh-kelentong/

Tags: , , , ,

4 thoughts on “PEKERJA MENOLAK KERETA TIGA KILOMETER KERANA MABUK”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge