PENERBIT FILEM JEPUN MINAT ZIZAN RAJA LAWAK

Number of View: 7546

PENERBIT FILEM JEPUN MINAT ZIZAN RAJA LAWAK,Belum pun filem lakonannya dengan syarikat produksi Jepun, Sedic Entertainment ditayangkan, pelakon Mohd Razizan Abdul Razak (Zizan Raja Lawak) sudah menerima tawaran untuk berlakon di negara matahari terbit itu.

Menurut Zizan, selepas dia selesai menjalani penggambaran sebuah filem terbitan syarikat itu yang turut dilakonkan oleh pelakon Jepun bernama Kitano Kii, penerbit daripada syarikat itu terus menawarkannya untuk berlakon di sana.Memang mereka ada memberitahu untuk membawa saya berlakon di Jepun lagi selepas ini tetapi semuanya belum mempunyai keputusan.

“Terus-terang, saya selesa bekerjasama dengan syarikat produksi ini dan tidak salah untuk meneruskan perhubungan dengan mereka untuk bekerjasama sekali lagi selepas ini,” kata Zizan mengenai filem yang masih belum diketahui tajuknya itu.

Semuanya tercetus selepas penerbit syarikat itu menonton filem “KL Gangster” yang dilakonkan olehnya di samping Aaron Aziz, Syamsul Yusof, Adi Putra dan Sofi Jikan.

“Mereka mula mengenali saya selepas menonton lakonan saya dalam filem “KL Gangster” dan seterusnya melamar saya untuk berlakon dalam filem melibatkan tiga negara iaitu Malaysia, Jepun dan China itu.Ini merupakan projek pertama saya dengan syarikat produksi dari luar negara. Filem ini dijangka akan ditayangkan di negara ini, Jepun dan China

Filem ini mengenai Yukari (Kitano Kii) yang merupakan guru bahasa Jepun berhijrah ke Malaysia. Bagaimanapun, dia telah berpura-pura mencintai Cikgu Rahman (Zizan) kerana sudah mempunyai teman lelaki. Bagi menunjukkan yang mereka sedang bercinta, Yukari menjadikan Cikgu Rahman sebagai alat untuk mengaburi mata orang lain.

sumber:mstar

Incoming search terms:

Tags: , , , ,

0 thoughts on “PENERBIT FILEM JEPUN MINAT ZIZAN RAJA LAWAK”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge