POLIS BERJAYA TUMPASKAN SENDIKIT PENIPUAN

Number of View: 3227

POLIS BERJAYA TUMPASKAN SENDIKIT PENIPUAN, tiga sindiket membabitkan penipuan wang melalui Internet, penipuan bomoh Cina dan kes penipuan antarabangsa dikenali “Macau Scam” yang melibatkan kerugian RM1.9 juta kepada mangsa berjaya ditumpaskan polis perak.

Dalam kes pertama, polis menumpaskan sindiket penipuan wang melalui Internet yang didalangi warga Afrika dengan tertangkapnya 15 ahli kumpulan penjenayah itu di Selangor baru-baru ini.

Ketua Polis Perak Datuk Shukri Dahalan berkata, siasatan mendapati kumpulan itu mula beroperasi awal tahun ini dan terlibat dalam 44 kes dilaporkan di Perak dengan kerugian berjumlah RM847,149.Mereka yang ditangkap ialah masing-masing 12 lelaki warganegara Nigeria, dua wanita rakyat tempatan dan seorang wanita rakyat Singapura yang kesemuanya berusia 30 hingga 40 tahun,

Dalam kes penipuan yang dilakukan oleh bomoh Cina pula, polis menahan dua wanita dan seorang lelaki warga negara China berumur antara 44 dan 45 tahun di Sungai Siput pada 10 Okt lepas.

Ketua polis perak berkata,siasatan polis mendapati ahli kumpulan itu, yang datang ke negara ini menggunakan pas lawatan sosial, akan menghampiri mangsa wanita berbangsa Cina di pasar-pasar serta mengatakan keluarga mangsa telah terkena jampi bomoh dan mendakwa akan mendapat penyakit.Sepanjang Januari hingga September tahun ini, lapan kes dilaporkan di Perak melibatkan kerugian sejumlah RM173,190.

Dalam kes penipuan antarabangsa digelar “Macau Scam”, ahli sindiket terbabit akan menyamar sebagai pegawai bank tempatan atau polis Hong Kong dengan memaklumkan bahawa kad kredit atas nama mangsa telah digunakan di merata tempat dengan perbelanjaan yang tinggi, atau akaun bank mereka dikesan terlibat dalam kes jenayah di luar negara.Sepanjang Januari hingga Oktober ini, 55 kes dilaporkan di Perak melibatkan kerugian berjumlah RM935,984.

 

 

Incoming search terms:

Tags: , , , , , , ,

0 thoughts on “POLIS BERJAYA TUMPASKAN SENDIKIT PENIPUAN”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge