RAJA LAWAK MUSIM KE ENAM GUNA FORMAT BARU

Number of View: 2520

RAJA LAWAK MUSIM KE ENAM GUNA FORMAT BARU,Raja lawak musim ke enam akan menampilkan kelainan dari segi format serta saluran siarannya.Rancangan raja lawak tidak lagi akan disiarkan di saluran prima tetapi akan disiarkan di astro warna sejajar dengan pelaksanaan saluran tersebut sebagai saluran komedi.

Menurut Khairul Anwar Salleh presiden perniagaan melayu astro,perubahan tersebut merupakan sebahagian daripada inisiatif pihak Astro bagi mengangkat program komedi ke satu tahap yang lebih tinggi.Perpindahan program Raja Lawak daripada saluran Prima ke Warna adalah satu langkah positif kerana satu produk berkualiti keluaran Prima sudah mampu berdiri sendiri di saluran Warna.yang paling penting kami menghidangkan program yang berkualiti dan dapat diterima penonton.

Format terbaru Raja lawak musim ke enam akan menyaksikan para peserta yang terpilih dibahagi kepada tiga kumpulan yang akan diterajui oleh tiga pelawak tanah air.peneraju kumpulan di panggil “Cif Kecik” dan setiap mereka akan menjadi penasihat dan pemerhati sebelum para peserta membuat persembahan mingguan.Tiga orang Cif kecik ini juga akan bertindak sebagai pendorong motivasi kepada peserta kumpulan mereka.

Kita juga memperkenalkan seorang pelawak lagi yang akan bertindak sebagai Cif Besar. Tugas Cif Besar untuk memantau kesemua Cif Kecik dan barisan peserta yang terlibat di bawah pengawasan Cif-Cif Kecik,” jelas Khairul.

Beliau berkata, dengan pelaksanaan format baru itu, ia akan memberi peluang kepada peserta untuk meningkatkan potensi diri dalam melahirkan pelawak professional tanah air.

 

Memang nampak kelainan dari segi format untuk pertandingan raja lawak musim ke enam,jokegurl harap peserta-peserta yang terpilih akan memberi persembahan komedi yang berkualiti.

ARTIKEL MENARIK:IBU TANPA KAKI CEKAL

Tags: , , , , , , , ,

0 thoughts on “RAJA LAWAK MUSIM KE ENAM GUNA FORMAT BARU”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge