RAZAK AHMAD NAFI TUDUHAN KHALWAT

Number of View: 5326

RAZAK AHMAD NAFI TUDUHAN KHALWAT, Pelakon dan penyanyi Abdul Razak Ahmad menafikan dirinya berkelakuan tidak senonoh dengan memeluk, mencium serta menyentuh seorang ahli perniagaan wanita yang ditangkap khalwat bersamanya lima tahun lalu.

Razak Ahmad

Razak ,44,berkata,mustahil perbuatan itu berlaku kerana dia pergi ke sebuah premis stor dengan niat untuk mencuba pakaian yang ditaja oleh Selamah Sahudin, 45.

Razak menyatakan demikian sewaktu pemeriksaan balas oleh Pendakwa Syarie Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Shafezan Rusli dalam perbicaraan bela diri atas tuduhan khalwat di Mahkamah Rendah Syariah Petaling jaya semalam.Tertuduh bagaimanapun bersetuju dengan Shafezan bahawa dia berada di premis stor menyimpan pakaian milik Selamah itu selama satu jam setengah sebelum diserbu oleh suami wanita itu pada pukul 2.15 pagi.

Menurut razak dia mencuba 3 pasang dari pukul 1 pagi hingga 2.15 pagi dan ketika serbuan dia hanya memakai singlet tanpa lengan dan seluar kerana sedang mengeringkan peluh di dalam bilik utama premis itu.

Ditanya sama ada tujuannya membuka baju adalah untuk ‘bersama’ dengan Selamah, Razak menafikan.

Namun artis tersebut mengaku dia bukan mahram kepada Selamah dan tidak menegah Selamah menutup pintu utama selepas mereka masuk.

Menurut Razak, sebelum itu dia dan Selamah berjanji berjumpa di premis berkenaan dan kedua-dua mereka bergerak dari rumah masing-masing.

“Saya bergerak dari Pelabuhan Klang pada pukul 12 malam dan itu merupakan kali pertama saya ke sana, jadi saya beberapa kali menelefon Selamah bertanyakan arah dan jalan ke sana,” katanya.

Razak dalam pada itu mendakwa hubungan dia dan Selamah hanya antara penaja dan artis, namun selepas diasak oleh Shafezan, dia akhirnya akur apabila memberitahu telah mengenali Selamah sejak 1982.

Razak yang diwakili peguam syarie, Mohammad Azman Karim didakwa berada bersama Selamah dalam keadaan yang menimbulkan syak di No. A-4-19, Blok A, Taman Serdang Perdana, Seri Kembangan di sini pada pukul 2.15 pagi 1 April 2006.

Ketika pertama kali didakwa pada 14 September tahun yang sama, Abdul Razak memohon dibicarakan tetapi Selamah didenda RM2,850 atau penjara tujuh bulan selepas mengaku bersalah.

Jika sabit kesalahan, Abdul Razak boleh dihukum penjara maksimum dua tahun atau denda RM3,000 atau kedua-duanya. Perbicaraan di hadapan Hakim Syarie, Wan Mahyuddin Wan Muhammad bersambung 10 November ini.

KREDIT TO KOSMO

BACA NI:GADGET TERBAIK APPLE

Incoming search terms:

Tags: , , , , , , , , ,

One thought on “RAZAK AHMAD NAFI TUDUHAN KHALWAT”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge