SAMUN JURUWANG KEDAI TEKSTIL RM130K

Number of View: 3049

SAMUN JURUWANG KEDAI TEKSTIL RM130K,Satu kejadian samun berlaku di sebuah kedai tekstil di Jalan Tengku Diauddin klang.Pihak polis sedang memburu 8 lelaki yang di percayai menyamun rm130k dari juruwang kedai tersebut.

Dalam kejadian pada 11 pagi itu, Mohammad Najmuddin Abdul Aziz, 25, disamun ketika hendak menyimpan hasil jualan itu di sebuah bank berhampiran.

Ketua Polis Daerah Klang ACP Mohamad Mat Yusop hari ini berkata mangsa disamun kira-kira 100 meter dari bank apabila sekumpulan lelaki yang menaiki motosikal mengacu parang pada leher mangsa sebelum melarikan wang tunai yang dibawanya.

“Mangsa cedera di bahagian tangan ketika cuba mempertahankan diri semasa diserang dan dimasukkan ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah di sini. Dia dibenarkan keluar hospital hari ini,” katanya kepada pemberita di sini.

Mohamad berkata siasatan awal mendapati kesemua suspek adalah warganegara tempatan dan mereka membawa dua bilah parang ketika melakukan samun.

Incoming search terms:

Tags: , , , ,

0 thoughts on “SAMUN JURUWANG KEDAI TEKSTIL RM130K”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge