SENARAI LEBUH RAYA YANG MENAWARKAN DISKAUN TOL

Number of View: 2805

SENARAI LEBUH RAYA YANG MENAWARKAN DISKAUN TOL,Sempena Perayaan  Deepavali yang akan disambut kaum india pada hari rabu ini,sebanyak 21 syarikat konsesi tol menawarkan diskaun tol dalam bentuk tunai dan rebat di 25 buah lebuh raya di seluruh negara.

Pengarah Urusan Lembaga Lebuh Raya Malaysia (LLM), Datuk Ir. Ismail Md. Ismail berkata, diskaun tersebut bermula semalam hingga Rabu ini dengan kadar antara lima hingga 37.5 peratus atau RM0.10 hingga RM0.70.

Beliau berkata, bagi lebuh raya di bawah kendalian Plus Expressway Berhad, diskaun diberi dalam bentuk rebat sebanyak 20 peratus kepada pengguna Kelas 1 bermula semalam sehingga 28 Oktober.Lebuh Raya tersebut adalah Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS), Lebuh Raya Seremban-Port Dickson, Lebuh Raya Kulim-Butterworth, Lebuh Raya Utara Selatan Hubungan Tengah (Elite) dan Lebuh Raya Link Kedua Malaysia-Singapura.

Walau bagaimanapun, rebat ini tidak diberikan di Plaza Tol Bukit Kayu Hitam, Bangunan Sultan Iskandar dan Plaza Tol Tanjung Kupang,” katanya pada sidang akhbar di sini semalam.Ismail memberitahu, pemberian diskaun untuk lebuh raya lain akan dilaksanakan pada Rabu ini mengikut waktu yang ditentukan oleh syarikat konsesi lebuh raya masing-masing.

sumber:kosmo

Tags: , , , , ,

0 thoughts on “SENARAI LEBUH RAYA YANG MENAWARKAN DISKAUN TOL”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge