WANITA SAKIT JIWA TERJATUH DARI TINGKAT 12

Number of View: 15543

WANITA SAKIT JIWA TERJATUH DARI TINGKAT 12,Seorang wanita yang berusia linkungan 30-an yang baru keluar dari wad sakit jiwa Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ), Seremban ditemui mati dipercayai terjatuh dari tingkat 12 flat Tun Dr. Ismail, Lobak di sini kelmarin.Mayat wanita itu dijumpai pukul 4.10 petang dalam keadaan terbaring dan berlumuran darah di tempat pembuangan sampah flat berkenaan.

Seorang penduduk di flat itu yang dikenali sebagai lim,50,berkata,ketika kejadian dia berada di rumah sebelum terdengar bunyi benda terjatuh berhampiran tempat pembuangan sampah.Saya terkejut apabila ternampak tubuh seorang wanita terbaring di situ sebaik menjenguk melalui tingkap. Saya kemudian memberitahu jiran sebelum menghubungi polis.

Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah, Supritendan Md. Yusoff Awang ketika dihubungi memberitahu, mangsa yang berasal dari Senawang itu dipercayai datang ke flat berkenaan dengan sebuah kereta.Siasatan awal mendapati mangsa baru keluar dari wad sakit jiwa HTJ sehari sebelum dia ditemui mati akibat terjatuh,” katanya yang masih menyiasat kejadian yang diklasifikasikan sebagai mati mengejut itu.-kosmo

 

Incoming search terms:

Tags: , , , , , ,

0 thoughts on “WANITA SAKIT JIWA TERJATUH DARI TINGKAT 12”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge