BAS EKPRESS KEMALANGAN DI AYER HITAM | JOHOR

Number of View: 3704

BAS EKPRESS KEMALANGAN DI AYER HITAM | JOHOR,Salam mesra dan salam satu maklumat.Sebuah bas ekpres terjatuh dalam parit di Km 19 Jalan Ayer Hitam awal hari ini.seramai 25 orang penumpang yang berada dalam bas itu nyaris maut.Dalam kejadian kira-kira 4.40 pagi itu, bas tersebut melanggar besi penghadang jalan sejurus keluar dari persimpangan tol Kulaijaya, sebelum terjatuh ke dalam parit menyebabkan semua penumpang cedera dengan tiga parah.

Seorang penumpang, D. Kanageswaran, 30, ketika ditemui pemberita di Hospital Sultanah Aminah di sini, berkata bas tersebut dipandu laju sejak perjalanan bermula kira-kira 9.45 malam.Beliau yang pengsan selepas kejadian berkata sempat melihat bas itu melanggar besi penghadang jalan.

“Apabila sedar, bas sudah di dalam parit dan saya terus mencari ibu dan isteri yang duduk di bahagian hadapan. Disebabkan tiada jalan keluar, saya terpaksa menendang cermin hadapan bas untuk menyelamatkan diri dan keluarga serta diikuti penumpang lain,” katanya. – Bernama

Incoming search terms:

Tags: , , , , ,

One thought on “BAS EKPRESS KEMALANGAN DI AYER HITAM | JOHOR”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge