FERI KARAM DI SEMPORNA DUA ORANG DILAPORKAN HILANG

Number of View: 2922

FERI KARAM DI SEMPORNA DUA ORANG DILAPORKAN HILANG,Seorang ibu berumur 44 dan anaknya, 14,dilaporkan hilang apabila feri yang membawa lori mereka untuk menyebarang sungai ke Kampung Lihak-Lihak dekat sini karam petang tadi. Mereka adalah antara tiga orang yang berada di dalam lori itu semasa kejadian tersebut berlaku kira-kira 5.30 petang.

Ketua Polis Daerah Semporna, Deputi Superintendan Mohd Azim Khan Abdullah berkata adik lelaki kepada wanita berkenaan, yang memandu lori itu berjaya menyelamatkan diri dengan berenang keluar dari lori berkenaan.

Beliau berkata empat orang yang berada di dalam sebuah kereta dan pekerja feri turut berjaya menyelamatkan diri.Operasi mencari dan menyelamat oleh anggota Pasukan Gerakan Marin dan Jabatan Bomba dan Penyelamatsedang dilakukan untuk mencari mangsa feri karam itu.BERNAMA

Tags: , , , , ,

0 thoughts on “FERI KARAM DI SEMPORNA DUA ORANG DILAPORKAN HILANG”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge