MAYAT LELAKI DIJUMPAI HAMPIR PUTUS KEPALA | KEJAM

Number of View: 6930

MAYAT LELAKI DIJUMPAI HAMPIR PUTUS KEPALA | KEJAM,Mayat seorang lelaki berusia 20-an ditemui dalam keadaan isi perut terburai manakala lehernya hampir putus akibat ditetak kira-kira jam 9.40 malam oleh orang awam di Tanah Perkuburan Cina Sungai Buloh, di sini, semalam. tiada sebarang dokumen ditemui pada mangsa yang masih lengkap berpakaian namun berdasarkan keadaan fizikalnya, dipercayai adalah warga Indonesia.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah berkata, kemungkinan mangsa adalah pekerja di kebun berhampiran tempat kejadian. polis masih menyiasat motif dan tiada senjata ditemui di tempat kejadian. Bagaimanapun, polis tidak menolak kemungkinan mangsa dibunuh di tempat lain sebelum dicampak di kawasan berkenaan.

Menurutnya, mayat mangsa akan dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk proses bedah siasat, hari ini.Beliau menggesa kepada sesiapa yang menyaksikan kejadian dan mempunyai maklumat agar tampil untuk membantu siasatan.Selain itu, beliau meminta orang awam yang kehilangan ahli keluarga agar datang membuat pengecaman terhadap mayat berkenaan.

SUMBER KOSMO

Incoming search terms:

Tags: , , ,

0 thoughts on “MAYAT LELAKI DIJUMPAI HAMPIR PUTUS KEPALA | KEJAM”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge