PELAJAR MALAYSIA MATI DIBUNUH DI INDONESIA

Number of View: 4098

PELAJAR MALAYSIA MATI DIBUNUH DI INDONESIA, Seorang pelajar Malaysia mati dibunuh ketika cuba menghalang seorang lelaki mencuri motosikalnya di luar rumahnya di bandar Malang, Jawa Timur, malam tadi.

Maklumat awal berdasarkan laporan Persatuan Kebangsaan Pelajar Malaysia di Indonesia, pelajar itu dikenali sebagai Adrian Jay Pereira, penuntut Fakulti Perubatan di Universiti Brawijaya, Malang.Dalam kejadian yang dipercayai berlaku pada 7 malam itu, Pereira dilaporkan ditetak dengan senjata tajam oleh pencuri berkenaan dan mati di tempat kejadian.

Education Malaysia (EM) (dahulu Jabatan Penuntut Malaysia) di Indonesia sedang mendapatkan butiran rasmi mengenai kejadian itu daripada pihak polis Indonesia dan menguruskan pengiriman pulang mayatnya ke Malaysia.Pereira berasal dari Klang, Selangor.

Atase Pendidikan Malaysia di Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta, Ludinata Misnun, telah berlepas ke Malang dengan pesawat paling awal hari ini.Seramai 173 pelajar Malaysia kini menuntut di Malang, dan daripada jumlah itu, 161 belajar di Universiti Brawijaya. – Bernama

Incoming search terms:

Tags: , , , ,

0 thoughts on “PELAJAR MALAYSIA MATI DIBUNUH DI INDONESIA”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge